Sejak belakangan ini, nama Datuk Seri Vida dan bekas pembantunya iaitu Iqbal Zulkefli hangat diperkatakan di media sosial. Lebih mencuri tumpuan, Iqbal memberitahu bahawa hubungan mereka lebih daripada seorang majikan dan pekerja. Bahkan, mereka sedang merancang untuk berkahwin.
Artikel berkaitan: Bekas PA Serius Nak Kahwin, Sebak Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan – ‘Dah Tujuh Tahun Kenal, Buang Masa Dah Banyak’
Secepat yang mungkin
Terdahulu, menerusi sebuah rakaman panggilan video yang dimuat naik di Instagram Vida, Iqbal telah meluahkan hasrat untuk menikahi ahli perniagaan tersebut. Ujar Iqbal, dia tertarik dengan sikap yang ada pada diri Vida. Oleh sebab itu, Iqbal mahu hubungan mereka melangkah ke fasa baharu dengan memasuki alam perkahwinan. Disoal mengenai tarikh majlis perkahwinan, Iqbal berharap perkara baik itu dapat dilakukan segera memandangkan mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak tujuh tahun yang lalu.
Susulan daripada rakaman panggilan video tersebut, Iqbal dan Vida menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Rata-rata netizen memberitahu bahawa mereka tidak mahu menonton ‘drama’ yang dilakukan oleh Iqbal dan Vida di media sosial. Ujar netizen lagi, kenapa pasangan tersebut tidak segera berkahwin seandainya kedua-dua mereka sudah bersedia.
Mengapa perlu berkongsi pada semua?
Bagi menjawab kecaman daripada netizen, Iqbal memohon semua individu mendoakan yang terbaik buat mereka. Tambah Iqbal, Vida merupakan individu yang sangat dikenali dan sering ditatap oleh masyarakat. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berkongsi kepada umum mengenai hubungan yang terjalin.
Saya amat berterima kasih kepada semua media (saya kira lebih 50 media) mengisahkan tentang hubungan saya dengan @datoserivida . Dengan rendah hati, saya amat berterima kasih dan berharap dapat bersua muka dengan semua. Doakan perancangan kami berjalan lancar ya semua.
Iqbal turut meluahkan rasa berdebar kerana hal perkahwinan ini bukan suatu hal yang biasa.
Sumber: Iqbal Zulkefli