berita

‘Mengapa Perlu Mereka Membandingkan Perkahwinan Saya Dengan Elfira?’- Nur Fazura

January 7th, 2019 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Perkahwinan artis popular Elfira Loy bersama pasangan, Muhammad Faris Khairol Anuar pada minggu lalu sememangnya mendapat liputan meluas serta perhatian orang ramai. Walaubagaimana pun, ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan cuba membandingkan majlis perkahwinan Elfira dan Fazura.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan kedua-dua artis tersebut, mereka merupakan rakan baik dan sering meluangkan masa bersama.

‘Tidak perlu ada kata-kata seperti siapa mahu kalahkan siapa..’

Fazura meluahkan rasa kecewa dengan penyiaran artikel yang didakwa melaga-lagakan dia dengan rakannya, Elfira Loy apabila membandingkan majlis perkahwinan mereka. Menurut pelakon itu lagi, tindakan portal tersebut mengeluarkan artikel berkenaan sebagai tidak profesional serta mewujudkan budaya persaingan kurang sihat dalam masyarakat.

Saya dan Elfira sudah lama saling mengenali, malah saya juga menganggapnya seperti adik. Tidak perlu ada kata-kata seperti siapa mahu kalahkan siapa.

Harapan saya, selepas ini tiada lagi artikel berbaur provokasi yang membandingkan antara satu sama lain.

Tambah Fazura, dia bersyukur kerana Elfira memahami dengan situasi tersebut.

Apabila membaca artikel itu, saya terkejut kerana judulnya sahaja sudah berbaur negatif. Mengapa perlu mereka membandingkan perkahwinan saya dengan Elfira?

Apabila saya dan Fattah menganjurkan tiga majlis resepsi, tiada sekelumit perasaan untuk menjadi nombor satu di Malaysia.

Saya dan suami juga tidak berniat menjadikan majlis kami sebagai ‘wedding of the year’. Apabila perbandingan dibuat, ia secara tidak langsung mempromosikan budaya bersaing yang negatif.

Sepatutnya, mereka menulis sesuatu yang lebih positif dan bukan mewujudkan perasaan benci.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×