berita

‘Mengata Anak Orang Memang Seronok’ – Suliza Salam

November 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan tular di TikTok.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Di Kelab Malam, Didakwa Bercium Ghairah Dengan Wanita Seksi?

Artikel Berkaitan: ‘Dia Ada Agama, Tiada Masa Nak Buat Seks Rambang’ – Ibu Tepis Dakwaan Ismail Izzani Hamilkan Anak Orang

Moga pengakhiran hidup kita semua husnul khotimah

Gara-gara video panas itu, ibu kepada Ismail iaitu Datin Suliza Salam diserang netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Tidak mendiamkan diri, penyanyi era 1980-an menyatakan memang seronok mengutuk anak orang lain sedangkan belum tahu nasib sendiri.

Anak kamu nanti belum tau juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun.

Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham ya.

Dalam pada itu, Suliza menghargai dengan teguran dan tunjuk ajar yang dikongsikan pengikut selain mendoakan agar Allah SWT menjaga aib masing-masing.

Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan dari segala aib dan musibah.

Makcik dah tengok video?

Gara-gara perbuatan tidak senonoh itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen ‘pedas’.

@ain.najiha: Bila dah terang-terang tu Mael, tak boleh back up dah. Apa lagi guna ayat agama la. Jangan lupa tarik telinga Mael lagi bagi capang lagi. Degil sungguh pergi club.

@dravander: Sayang anak tangan-tangankan. Ajar anak itu jangan meliar saja. Jangan back up anak.

@aishahalazmi_: Makcik dalam video itu Mael tau, ketat betul peluk. Mabuk melangit hmm kecewa.

Bagaimanapun, ada juga warganet yang mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahkan pelantun lagu Untuk Sekali Lagi kerana dia sudah mendidik Ismail dengan baik.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan penjelasan daripada pelantun Luar Biasa itu dan Suliza bagaimanapun tidak berjaya apabila mesej tidak dibalas.

Sebelum ini, nama Ismail hangat diperkatakan selepas dia dituduh terlanjur dengan seorang gadis sehingga menyebabkan hamil luar nikah.

Tampil mempertahankan anaknya, Suliza menepis sekeras-keras dakwaan tersebut kerana percaya Ismail yang dikenali dengan panggilan Mael tidak melakukan perkara terkutuk tersebut.

Pada empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

Sumber: Instagram @sulizasalam_

SKIP THIS AD ×