
Sedar dirinya sering meraih kata-kata negatif setiap kali berkongsi tentang kisah peribadi ketika ditemu bual, penyanyi iaitu Nora Ariffin tampil menitipkan kata-kata nasihat menerusi Instagram Story (IGs).
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol
Jaga percakapan
Menerusi perkongsian dibuat, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin berpesan kepada mana-mana pihak untuk sentiasa menjaga percakapan.
Setiap kali saya ditemu bual, ada saja yang memberi komen dan mengata melampaui batas.
Hati-hati, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hanya Satu’ memaklumkan dirinya berlapang dada dan memaafkan mana-mana pihak yang mengeluarkan kata negatif kepadanya.
Ujarnya, dia akan mendoakan agar mereka sentiasa diberikan kebaikan.
Mengatalah sepuas-puasnya. Saya doakan segala kebaikan buat anda semua.
Moga ini menjadi pahala untuk saya, Alhamdulillah.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan Nora yang berkongsi cabaran dihadapinya sewaktu dia menjalankan perniagaan menjual produk makanan atas talian.
Ujar Nora, ada pihak yang tidak mahu membeli produknya itu kerana menuduh dirinya sebagai seorang ‘penyondol’.
Posting Nora

Sumber: IGs Nora Ariffin








