berita

Mengidam Hidangan Ala-Ala Kenduri, Ini Resepi Daging Hitam Berempah Yang Mudah & Sedap

April 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Sesuai dimakan dengan nasi, pulut kuning, lemang dan ketupat daun palas, daging merupakan salah satu hidangan yang sering menjadi pilihan untuk masakan harian dan di waktu kenduri selain daripada ayam. Antara hidangan daging yang selalu menjadi pilihan ialah kurma, rendang, masak hitam, kari, masak merah dan juga black pepper.

Kali ini kami nak kongsi resepi daging hitam berempah ala-ala kenduri yang sedap dan menyelerakan!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan daging

  • 1 kilo daging batang pinnag (dipotong ikut suka, tetapi jangan kecil dan nipis )

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 1 sdb pes bawang putih
  • 1 sdb pes halia

Bahan hiris

  • 2 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris memanjang)

Bahan tumis

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 buah pelaga
  • 4 bunga lawang
  • 8 cengkih
  • 2 pelepah daun kari
  • 2 helai daun pandan (dipotong 3)
  • 2 batang serai (diketuk)

Bahan rempah

  • 100 gm serbuk rempah kari daging (guna 4 paket kecil yang 25 gram)
  • 100 gm cili kering kisar (boleh kurang kalau tak nak pedas)
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sdt serbuk jintan manis
  • 1 sdt kas kas
  • 1 sdt garam masala

Bahan sos

  • 4 sdb sos cili
  • 4 sdb sos tomato
  • 7 sdb kicap karamel
  • 2 sdb kicap manis enak
  • 2/4 sdb gula putih
  • Garam (secukup rasa)

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Tumis bawang besar hiris
  3. Masuk 4 sekawan,daun kari dan daun pandan.
  4. Goreng sampai wangi dan sedikit garing.
  5. Terus masukkan bawang kisar, pes bawang putih dan pes halia kemudian gaulkan
  6. Masuk bahan rempah dan setengah cawan air. Gaul lagi  dan kemudian masukkan cili kering kisar.
  7. Masak 15 minit dengan api perlahan kemudian masukkan daging dan bahan sos. Tambah air secukupnya.
  8. Masak sehingga daging empuk baru ditambah gula dan serbuk perasa secukupnya.
  9. Seeloknya masak dengan api perlahan dan lama sikit supaya rempah ratus tergaul mesra dan menjadikan masakan ini sedap

Dah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu