berita

Menginjak Ke Usia 32 Tahun, Nora Danish Dirai Dalam Surprise Birthday Party

March 7th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Nora Danish

Rasa macam tak percaya pula si cantik Nora Danish sudah berusia 32 tahun bukan? Mana taknya, ibu kepada seroang anak lelaki itu masih mampu kekal menawan seperti remaja.

Semalam, Nora Danish telah dikejutkan dengan sebuah majlis sambutan hari lahirnya semasa sedang menjalani penggambaran filem terbarunya, Hantu Bungkus Ikat Tepi.

Menariknya, dek kerana gemarkan ayam goreng, kek hari lahir pelakon itu telah direka menjadi bentuk Ayam Goreng KFC! Comel!

Nora Danish birthday party

Kek hari lahir Nora Danish berbentuk ayam goreng KFC!

Tidak cukup dengan itu, penerbit filem, David Teo turut memeriahkan majlis sambutan tersebut dan menghadiahkan sebiji kek lagi kepada Nora Danish.

Nora Danish yang kelihatan sangat gembira dengan majlis itu tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya, Nedim Nazri Aziz dan kepada semua pihak yang terlibat.

Nora Danish birthday party

Nora Danish tidak lupa ucap terima kasih kepada Nedim

Apapun, sama-samalah kita mendoakan semoga Nora Danish akan lebih sukses dalam karier dan berbahagia di dunia akhirat.

Sebelum itu, mari kita lihat beberapa keping foto lagi sekitar sambutan majlis hari lahir Nora Danish semalam!

Kredit foto : Instagram Nora Danish

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)