berita

Meninggal Dunia Kerana Kanser Otak, Lelaki Sempat Tinggal ‘Nota’ Untuk Anak Yang Belum Lahir

May 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kisah seorang bapa yang meninggal dunia sebelum anaknya lahir telah tular di media sosial. Lebih menyedihkan lagi apabila bapanya sempat titipkan pesanan untuk anaknya yang bakal lahir.

Menghidap kanser kronik

Scott Ferguson telah didiagnosis menghidap kanser otak glioblastoma tahap empat. Walau bagaimanapun, kesihatannya makin merosot apabila dia pengsan secara tiba-tiba ketika dia membeli belah bersama teman wanitanya.

Meskipun menghidap kanser pada tahap emat, Scott tidak mengalah dan terus berjuang untuk hidup kerana ingin memenuhi impiannya iaitu menikahi teman wanitanya.

Setelah bergelar suami isteri, pasangan berkenaan telah pergi berbulan madu di Sydney, Australia walaupun pada ketika itu penyakitnya semakin kritikal dan hanya boleh menggerakkan sebelah bahagian tubuhnya sahaja.

Tak sempat melihat anaknya lahir

Selepas 10 bulan berkahwin, akhirnya mereka mendapat berita gembira bahawa isterinya disahkan hamil. Namun, Scott tidak sempat melihat anaknya yang bakal lahir.

Empat minggu selepas pengebumian suaminya itu, isterinya, Jaymie selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Isla Scott Ferguson.

Jaymie meluahkan rasa gembira kerana anaknya selamat dilahirkan namun detika gembira berkenaan terhenti seketika kerana hatinya hancur mengenang suaminya yang tiada lagi disisinya untuk melihat anak mereka dilahirkan.

Sempat rakam video dan tulis buku pesanan untuk anak

Sebelum Scott meninggal dunia, dia sempat merakam video serta meninggalkan pesanan untuk bakal cahaya matanya itu.

Di dalam salah satu video yang direkod olehnya, dia menyatakan bahawa setiap hari dia berjuang agar dapat bertemu anaknya nanti. Selain daripada itu, Scott juga menulis sebuah buku khas untuk anaknya dengan pesanan yang sebak.

Ikut impianmu, kamu tidak perlu hidup seperti orang lain. Ibu dan ayah akan selalu bangga apabila memikirkan kamu setiap hari.

Sumber : Mirror UK

SKIP THIS AD ×