berita

[Video]Menjijikkan! Pekerja China Diarah Makan Ikan Hidup, Minum Darah Ayam Sebab Gagal Capai Target

August 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Rakyat Malaysia mungkin sudah lali dengar tentang pelbagai perkara pelik yang berlaku di negara China. Namun, perkara pelik yang satu ini mungkin agak menjijikkan dan tidak mampu diterima dek akal kita.

Hanya kerana tidak mencapai prestasi yang diinginkan, sebuah syarikat di negara tembok besar itu bertindak mengenakan denda kepada pekerja mereka dengan memakan sesuatu yang agak menggelikan.

Makan ikan hidup, minum darah ayam

Menerusi laporan Shanghaiist, sekumpulan pekerja sebuah syarikat pembinaan di wilayah Guizhou, China terpaksa menelan seekor anak ikan hidup dan meminum darah ayam selepas didapati gagal mencapai quota yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.

Video berdurasi 01.48 saat itu menunjukkan pekerja-pekerja tersebut diberikan seekor anak ikan hidup setiap seorang dan kemudiannya diberikan pula darah ayam untuk diminum.

Majikan anggap denda tak salah

Bagaimanapun menerusi laporan tersebut, majikan yang dihubungi menganggap denda yang dikenakan itu tidak salah dan dilakukan dengan kerelaan hati para pekerja itu sendiri.

Hmm.. pelik-pelik je denda macam ni. Semoga kat Malaysia kita tak dengarlah denda-denda macam ni ya.

Sumber: Shanghaiist

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×