berita

Menteri Beri ‘Hint’ PLKN Mungkin Akan Disambung Semula

November 24th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimansuhkan pada tahun 2018 oleh kerajaan terdahulu, mungkin akan diperkenalkan semula selepas Kementerian Pertahanan (MINDEF) bercadang untung melaksanakannya di dalam Dewan Rakyat hari ini. 

Berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme generasi muda yang telah menyertai program ini pihak Kementerian Pertahanan akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula.

Baik untuk generasi muda

Foto: Twitter Ahmad Maslan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang sangat baik kepada pembentukan akhlak dan patriotisme generasi muda.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mencadangkan supaya PLKN dilaksanakan semula. Ini selari dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah MINDEF. Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet

Datuk Seri Ismail Sabri turut berkata bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan khidmat secara soft landing kepada bekas pegawai PLKN dan mereka akan ditempatkan di pelbagai agensi bagi tempoh setahun bermula 2019.

Datuk Seri Ahmad Maslan berterima kasih

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapannya di Twitter berkata bahawa program PLKN merupakan program yang baik untuk generasi muda. Dia turut berterima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana mengumumkan cadangannya itu di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Twitter, NST.

 

 

SKIP THIS AD ×