berita

Menteri Besar Perlis Benar Meniaga Di Rumah, Tepi Jalan Sepanjang Ramadan

April 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Pada 24 April ini, semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa pihak kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Walaupun tiada lagi bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi, inisiatif kerajaan negeri Perlis harus mendapat pujian kerana membenarkan peniaga makanan di negeri itu untuk berniaga di rumah dan bahu jalan.

Dibenar meniaga tetapi ikut syarat

Ada dua kaedah yang kita benarkan iaitu pelanggan ke rumah peniaga dan membelinya secara bungkusan dibawa pulang atau peniaga menggunakan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan.

Manakala bagi perniagaan di bahu jalan, kita benarkan selagi tiada servis makan dan minum di premis serta mematuhi penjarakkan sosial dan tidak berkumpul.

Menurut laporan terbaru Berita Harian, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, selagi peniaga mematuhi syarat PKP, mereka akan dibenarkan meniaga. Langkah ini sebagai alternatif selepas kerajaan memutuskan tiada bazar Ramadan dibuka sepanjang Ramadan tahun ini.

Belum putus untuk tangguh solat jemaah

Setakat ini Perlis sememangnya selaraskan larangan ke atas sebarang aktiviti atau himpunan di masjid mengikut tempoh pelaksanaan PKP dan kita masih belum berbincang mengenainya.

Perkara itu masih terlalu awal kerana apa jua tindakan yang akan diambil bergantung kepada situasi semasa sepanjang tempoh PKP pada fasa ketiga ini yang bakal tamat pada 28 April.

Tambahnya lagi, pihaknya masih belum memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid sehingga 31 Mei depan seperti mana yang dilakukan oleh negeri Selangor.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×