berita

‘Menyamar Guna Nama Saya’ – Viral Surat Usul Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Ini Respon KJ

November 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Hari ini viral di media sosial mengenai surat rasmi didakwa daripada Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia. Di dalam keratan tersebut, dilihat perkara yang diusul adalah mengenai tarikh peralihan kuasa YAB Perdana Menteri kepada YB Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy Jamaluddin walaubagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menegaskan ada pihak yang menyamar dengan tujuan menjejaskan reputasinya. Menurutnya;

Surat itu palsu

Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawa serta membincangkan usul tentang tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

Menurut perkongsian di laman Facebook, KJ menjelaskan surat yang dihantar kepada Parlimen mengenai usul tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri adalah palsu. Tambahnya lagi, surat palsu yang dihantar diterima Parlimen tanpa disemak terlebih dahulu.

Tak pernah guna letterhead sebegitu

Malah, letterhead yang digunakan juga adalah berbeza dengan letterhead rasmi miliknya. Beliau sama sekali tidak pernah menggunakan letterhead sebegitu.

Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin
Ahli Parlimen P.131 Rembau

Terkilan dengan tindakan pihak menyamar untuk menjatuhkan reputasinya, KJ merayu agar dia tidak ditarik sama ke dalam perkara sebegini. Beliau sekali lagi menekankan tidak terlibat dan tidak berminat.

Sumber : Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.