Foto: News Info
Di New Delhi, India seorang lelaki berusia 67 tahun didakwa menyamar sebagai seorang doktor dan ‘helah’ yang digunakan berjaya memperdaya 18 wanita sebelum berkahwin dengan mereka.
Artikel Berkaitan: 14 Kali Kahwin & Cerai, Janda Kaya Tetap Syarat Pelik Sampai Semua Bekas Suami ‘Surrender’
Ramai yang tertipu
Foto: Tribune
Memetik laporan media tempatan, warga emas yang dikenali sebagai Bibhu Prakash Swain dipercayai manis dalam berkata-kata dan mengaku menyamar sebagai seorang doktor berusia 51 tahun.
Apa yang lebih mengejutkan apabila kesemua mangsa terdiri daripada mereka yang bekerjaya seperti profesor, peguam, pegawai perubatan termasuk seorang pegawai separa tentera.
Taktik yang digunakan oleh lelaki ini akhirnya terbongkar selepas dia ditangkap sebelum berlangsung dua majlis perkahwinannya yang lain. Ujar Pegawai Kanan Polis, Sanjiv Satpathy, lelaki berkenaan bertindak sedemikian bagi mendapatkan wang dan ‘keseronokan’ seksual.
Akhirnya ditangkap
Foto: Daily Mail
Kini, lelaki berkenaan sudah pun ditahan oleh pihak polis selepas berbulan-bulan usaha menjejakinya dilakukan dan dia didakwa memiliki pelbagai ‘identiti’ yang bakal digunakan bagi dua majlis perkahwinan pada bulan Februari dan Mac.
Dia pandai meyakinkan mangsa dan hanya menyasarkan wanita bujang, balu atau janda dalam usia 40-an.
Pihak polis mula menjalankan siasatan terhadap lelaki ini pada Mei 2021 berikutan menerima laporan daripada salah seorang isterinya yang berusia 48 tahun. Wanita cekal ini mendapati suaminya sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang lain.
Sumber: News Info