berita

Menyeberangi Lautan Demi Ke Sekolah, Bot Penumpang Karam Selepas Berlanggar Dengan Kapal

February 13th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kejadian pagi tadi yang berlaku di perairan Sandakan menimbulkan kebimbangan orang ramai apabila sebuah kapal yang membawa pelajar dari Kampung Tanjung Aru Sandakan, karam akibat berlanggar dengan kapal lain.

Difahamkan insiden berlaku ketika bot penumpang berkenaan dalam perjalanan ke pulau berhampiran di daerah itu pada jam 6.20 pagi. Sehingga kini seorang dilaporkan hilang tidak dijumpai.

Seorang hilang

Menerusi Harian Metro, sembilan individu selamat dan seorang individu lagi dilaporkan hilang membabitkan insiden perlanggaran bot penumpang dan kapal berhampiran perairan bandar Sandakan, pagi tadi.

Setakat ini, mangsa selamat sembilan orang, manakala seorang disyaki hilang. Keseluruhannya ada 35 penumpang di bot itu

Seorang penumpang dilaporkan hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan pasukan penyelamat. Bot penumpang itu membawa pelajar sekolah, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan orang awam.

15 bot nelayan turut membantu

Menurutnya, operasi SAR turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA).

Selain itu, seramai 15 bot nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Walau bagaimanapun, usaha menyelamat masih giat dijalankan. Sama sama kita doakan semua anak-anak ini selamat.

Banyak budak sekolah

Dalam pada itu, ramai orang bimbang akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang terpaksa menyeberangi laut demi ke sekolah awal pagi. Tak kurang juga meminta pihak berwajib berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Orang ramai bimbang

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×