Membela haiwan peliharaan seperti kucing merupakan salah satu terapi untuk melepaskan tekanan. Aksi manja dan comel haiwan ini mampu menghiburkan seluruh isi rumah. Namun harus diingatkan supaya menjaga kebersihan dan segera mendapatkan rawatan sekiranya kucing anda dijangkiti penyakit.
Seperti perkongsian wanita ini, dia terpaksa membotakkan si kembar selepas terkena jangkitan kulat kepala daripada kucing yang luka. Menceritakan dengan lebih lanjut, si kembar dipercayai bermain dengan kucing jalan yang menumpang di rumah mereka.
Terkena penyakit kulat kepala
Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den. Ini jawapan dia. Ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan. Ni twin lelaki pulak. Si kembar Ena dan Eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham. Doktor dah cakap siap-siap. Virus ni memang makan masa lama nak sembuh puan. Degil virus dia. Betul-betul lama. Hampir 8 bulan sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu. Kena try dan error.
Kisahnya bermula bila satu hari tu den tengok kepala Eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen. Antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yang dinyatakan doktor ialah jangkitan dari kucing yang ada luka. Maksudnya kita nampak dia macam ada luka, kurap. Bukan kucing sihat ye. Tak tahu sama ada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.
Anak den tak main kucing sebab ada asthma tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak. Adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang anak-anak den main dengan kucing tu. Bergantung kepada antibody budak, tak semua budak mudah berjangkit. Ada yang okay ada yang tak. Tapi anak den mudah berjangkit dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia. Cuma dari haiwan ke manusia. Wallahualam…
Perasan ada tanda di kepala
Dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den. Kita tak cakap tak boleh bela kucing cuma kalau kucing tu ada luka ke kurap ke atau apa.. Baik elakkan anak kita pegang-pegang dia. Dan sekiranya kucing kita ada luka bawaklah pergi vet secepat yang boleh. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau nak cakap bab kebersihan saya dah cukup jaga dah sebab anak saya semua ada ASTHMA. Habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga. Kita pun tak sangka harini dia main dengan kucing elok je. Esok main dengan kucing lain tiba-tiba jangkit pulak.
Cuma nak nasihatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama. Dan Allah dah tentukan anak den nak kena. Siapalah kita nak persoalkan. Ok jom klik gambar. Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu. Benda sama dok berulang-ulang. Harini baik esok dia jadi balik. Bertabahlah berdoalah. Allah maha penyembuh. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh dan bebas dari virus ni. Rambut pun dah tumbuh dengan jayanya. Syukur sangat-sangat.
Bulatan 5 sen
Ni Ena dan Eca. Umur 5 tahun asalnya rambut diaorang memang panjang macam inilah. Memang kalau jumpa sesiapa. Ramailah yang suka yelah. Twin gegirl rambut panjang macam tu. Bikin orang geram tapi jenuh jugaklah mak dia nak jaga rambut tu. Shampoo semua. Aduiii
Kisah bermula bulatan dia kecik jeee. Dalam 5 sen mula-mula den ingatkan takda apalah. Dia akan ok tapi dalam masa dua tiga hari bulatan itu makin membesar. Lepas tu rambut tu reput guys. Kita pegang jee dia dah tercabut. Ya Allah masa tu punyalah cuak tak tau nak buat apa. Nak fikir apa, dok fikir eh anak aku ni sakit kee. Lepas tu bawak pergi klinik doktor cek dia cakap kena jangkitan kulat kucing ni puan. Ha.. Terkedu jugak sebab macam blur. Eh bila masa anak aku main kucing. Pastu eh boleh ke berjangkit dekat manusia. Doktor sarankan gunting rambut diaorang atau baik botakkan. Den macam ya Allah. Susah nak terima hakikat nak kena botakkan kepala anak sebab masa tu rasa jangkitan tu ok. Dia takkan membesar dan akan baik sebab tu kita jumpa doktor. InsyaAllah masa ni doktor bagi ubat sapu dan dia suruh beli shampoo khas untuk kulat dekat farmasi. Nasihat saya jika anak anda ada tanda pertama macam ni bawak ke klinik pakar dan dapatkan rawatan secepat boleh.
Merah, bertompok dan bernanah
Okay ini dalam masa seminggu rambut naik tapi ring tu semakin merebak dengan jayanya. Menjadi kemerah-merahan. Bertompok-tompok kepala anak den. Macam keradangan. Dah sapu ubat klinik dah shampoo dan dah buat semua. Tapi masih tak baik. Tak rasi barangkali tapi den tetap istiqomah. Kuatkan hati yang ianya hanya sementara dan anak den akan sembuh. Walaupun dalam hati sedih tengok kepala dia macam tu sebab memamg boleh rasa gatal dia tu mcm mana.
Keadaan makin teruk den botakkan lagi kepala dia bagi licin semua. Merah-merah tu bermata dan akan jadi nanah mcm ni. Doktor cakap jangan usik jangan picit sebab keadaan akan jadi lagi teruk. Masa ni den bawak pergi jumpa pakar kanak-kanak sebab rasa macam ubat klinik tu tak rasi dgn dia. Lepas bernanah tu kepala dia akan jadi kuping0kuping. Malam-malam dia menggaru. Masa ni kita sebagai ibu.. ya Allah sedih meruntun jiwa.
Merebak satu kepala
Ni gambar keseluruhan satu kepala, masa ni dah dalam 3 bulan. Makin merebak satu kepala. Yang nampak kering tu adalah air bisa dia dan nanah. Doc tak bagi usik sebab takut makin merebak. Ada yg cadangkan bawak pergi klinik kulit cina. Tapi diaorg akan bagi suntikan terus baik. Den ni risau sebab twin ni ada elergik ubat dan alahan pemakanan. Maka den teruskan istiqomah dgn ubat2 hospital dan klinik pakar sahaja. Maksudnya ubat luaran. Bila keadaan makin teruk mcm ni saya bawak pergi hospital manjung. Ubat klinik pakar kanak2 pun tak rasi dgn jangkitan anak saya ni. Ubat tu bagus cuma tak rasi sahaja.
Masa ni nampak macam elok-elok sikit tapi selagi dia merah2 dan mcm bengkak tu selagi itulah belum ok sebenarnya. Ni baru lepas shampoo dan sapu ubat. Lap elok2. Tuala diaorg ni mmg tak boleh bercampur dgn yg lain sebab takut berjangkit. So mmg den akan basuh tuala diaorg hari2.
Menggaru sampai berdarah
Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.
Cuba cara tradisional pulak. Sapu buih daun gelenggang campur kapur sireh. Dia jadi kering kepala at least takdelah nampak berair dan berdarah.
Masuk bulan ke 8, rambut dah naik
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.
Alhamdulillah masuk ke bulan ke 8. Rambut2 semua dah naik dgn jayanya. Maka Eca betul2 dah sembuh dari kes jangkitan kulat. Azab dia betul2 menguji hati dan kesabaran orang yg menjaganya. Nak menjawab soalan org2 sekeliling lagi. Mental kena kuat oii. Dah terjawab dah semua persoalan kenapa den membotakkan kepala anak den. Sepanjang 8 bulan ni adalah 5,6 kali den botakkan kepala dan alhamdulillah jugak sepanjang sakit kepla ni diaorg tak kena serangan asthma.
Dah lebat dah sehat rambutnya. Alhamdulillah sekarang ni baru berani bagi guna shampoo biasa. Itupun seram jugak kadang-kadang 8 bulan tu bukan sekejap nak berdepan dgn benda2 mcm ni. Hanya seorang ibu je yg boleh buat semua ini kena kuatkan semangat. Pedulikan pandangan orang teruskan usaha dan istiqomah dgn ubat2 yg doktor bagi sebab diaorg nak yg terbaik buat anak kita jugak. Jangan salahkan kucing dan jangan benci kucing sebab kucing terlalu comel untuk dibenci cuma bila kita nampak kucing tu luka. Terbiar. Hadkan anak kita sebab kita tak tahu virus apa yg ada. Kanak2-kanak antibodi dia tak kuat. Harap2 cerita den ni dapat membantu sekirany ramai ibu bapa di luar sana hadapi perkara yg sama. Sekian cerita.
Sumber : Egee Qaseh