berita

Merebak Di Kawasan Leher & Akan Meletup, Gadis Buntu Adik Hidap Penyakit Misteri Sudah 2 Tahun

October 1st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sudah lebih dua tahun menderita penyakit misteri, seorang pengguna Facebook meminta pertolongan orang ramai mengenai benjolan kemerahan di bahagian leher adiknya. Benjolan merah panjang di bahagian kulit itu setakat ini tidak mampu dikenal pasti jenis penyakitnya.

Tambah merunsingkan lagi apabila benjolan merah tersebut semakin merebak dan dikatakan akan meletup. Kesiannya!

Merebak di kawasan leher

 Assalammualaikum,

Mohon jasa baik serta bantuan korang yang pernah alami atau tahu serba sedikit tentang penyakit ni, serba sedikit kita boleh membantu untuk cari jalan penyelesaian. Penyakit ni akan merebak di kawasan leher dan akan meletup.

Jumpa doktor ,
Doktor tak boleh beri kata putus.

Dah 2 tahun

Jumpa ustaz
Keadaan adik masih sama (dah 2 tahun)

Penyakit ni adik dapat sejak dia berumur 12 tahun (sekarang 14 tahun) dia terpaksa berhenti sekolah serta tahfiz.

Adik akan ternganggu bila waktu
Subuh – asar
Maghrib – isyak
(Dia asyik nak baring, tapi tak tidur)

Menangis setiap hari

Sebab adik kuat mengaji dan tidak tinggal solat, bila waktu nak ngaji dia tak tenang.

Mohon bantuan yang lain, tak sanggup nak tengok dia menangis setiap hari

Tolong adik saya
– Sungai buloh

Perkongsian gadis yang dikenali sebagai Puteri Ezreen Natasya setakat ini sudah mencapai lebih 5k perkongsian. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa adiknya itu. Malah, ada yang memberi cadangan supaya mereka mendapatkan rawatan di pusat perubatan islam jika rawatan di hospital tidak mendapat penyelesaian.

Gadis ini turut berterima kasih kepada netizen yang mendoakan kesembuhan adiknya. Semoga penyakit adik segera sembuh.

Sumber : Puteri Ezreen Natasya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×