berita

‘Mereka Boleh Memanipulasi Segalanya’ – Dakwa Difitnah, Nina Iskandar Saman Jurusolek & Bekas Isteri Suami

August 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, pelalakon Nina Iskandar membuat kejutan apabila berkongsi foto majlis perkahwinannya bersama penolong pengarah Azlan Adzanan di laman Instagram setelah hampir empat bulan bernikah. Majlis perkahwinan yang serba mewah itu memaparkan kebahagiaan pasangan mempelai ini.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada April yang lalu, Nina masih dikaitkan menjadi punca suaminya bercerai dengan isteri sebelum ini. Dia dengan tenang menjawab spekulasi yang melanda dirinya itu di story Instagram miliknya bagi menjelaskan segala-galanya.

Bersumpah atas nama Allah SWT

Dia bersumpah atas nama Allah SWT bahawa dakwaan yang mengatakan dia merupakan perampas kebahagian suami orang adalah tidak benar sama sekali. Dia hanya bertemu suaminya setelah hampir setahun suaminya itu berpisah dengan bekas isteri sebelum ini. Secara rasminya, suaminya bersama bekas isteri telah bercerai pada Januari lalu bukannya pada Februari seperti yang didakwa.

Saya kecewa difitnah

Mereka dah lama ada masalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Biarlah itu antara mereka. Benda dah lepas dah pun. Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius hanya selepas semua itu terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah. Kita sebagai ciptaanNya susah nak cakap.

Cuma saya agak kecewa difitnah menjadi punca mereka (bercerai) seperti didakwa. Walhal bukti semua ada di dalam telefon bimbit suami saya tetapi kami tidak pernah pun mengaibkan. Kami cuma simpan segala bukti sekiranya ia amat diperlukan suatu hari nanti.

Hati-hati dengan manusia yang licik

Saya juga telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek. Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.

Kalau dia betul dia tak akan keluarkan kenyataan seperti didakwa kemudian kenyataan kedua mengatakan saya perampas dan ada salah faham. Selepas majlis resepsi saya minggu ini dia mula balik buat kecoh.

Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang licik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan penipuan mereka.

Sumber: Nina Iskandar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×