Hubungan artis yang terjalin sejak sekian lama dan dijadikan sebagai model pengguna motosikal elektrik (EV) menyakinkan pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

Artikel Berkaitan: Rezeki Bella Astillah Melimpah-Ruah, Teruja Terima Hadiah Motor Skuter Elektrik – ‘Boleh Hantar Ayden Pergi Sekolah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Teruja Dapat Motor Skuter Elektrik, Nombor Plat BELL4!

Maju ke arah Green Revolution

Muhammad Mussadiq berkata pelancaran ini adalah langkah permulaan ke arah memperluaskan penggunaan motosikal elektrik dalam kalangan masyarakat, dengan pendekatan lebih mesra pengguna dan menjangkau generasi muda.

Menurutnya, dia percaya dengan menggunakan pendekatan artis insiatif tersebut mampu membawa nilai positif kepada jenama.

Penyertaan artis yang dikenalinya secara peribadi seperti Johan, Cat Farish, Ajak Shiro dan Nabil Ahmad untuk terbabit dalam program ini juga berdasarkan pelbagai faktor.

Mereka bukan sekadar selebriti, tetapi sahabat lama.

Saya percaya apabila artis sendiri menggunakan EV, ia memberikan impak lebih besar dari segi capaian dan kesedaran awam.

Pelancaran itu juga membuatkan GGR Motor kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan inisiatif ‘Go Green Revolution’.

Dalam pada itu, Muhammad Mussadiq berharap langkah ini dapat menjadi batu loncatan ke arah perkembangan jenama secara lebih meluas di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Difahamkan juga, penyampai radio Hot FM, Johan bakal menjadi antara rakan kolaborasi utama dalam usaha membuka cawangan kedai bersama artis terpilih selepas pelancaran nanti.

Rakan baik Johan

Bercerita mengenai hubungannya mereka, Johan berkata dia mula berkawan dengan Muhammad Mussadiq sejak 2017 dan sering bertukar pandangan.

Banyak kolaborasi-kolaborasi sebelum ini saya buat dengan dia dan dia antara yang selalu bagi peluang untuk saya.

Untuk rekod, dua tahun lalu, pelakon, Bella Astillah turut menerima hadiah skuter elektrik daripada GGR Motor dalam kerjasama bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

Strategi ini menjadi apabila nama GGR Motor menjadi viral memandangkan Bella hangat dengan konflik rumah tangga ketika itu.

Ini bukan hanya tentang produk, tetapi tentang membawa perubahan budaya.

Kita mahu generasi akan datang melihat mobiliti hijau sebagai gaya hidup harian.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan dan sokongan terhadap inisiatif hijau ini, GGR Motor turut mengumumkan penajaan dua unit LionG1 e-bike (bernilai RM2,054 setiap satu) sebagai hadiah rasmi kepada penonton bertuah pada konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025), yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 Julai 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Penajaan ini sebahagian daripada usaha kami untuk memberikan manfaat kepada rakan-rakan serta menyemai semangat perubahan ke arah penggunaan kenderaan elektrik.