berita

‘Mereka Cuba Jatuhkan Saya’ – Ifa Raziah Pecat 2 Pekerja Tidak Amanah & Penipu

March 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah tampil mengulas mengenai dakwaan ada pihak yang cuba menikamnya dari belakang agar perniagaan yang diusahakannya gagal.

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Hormat Keputusan Ruhaines, Harap Netizen Henti Gerakan Boikot Festival Jualan Starvendors

Artikel Berkaitan: ‘Ruhainies Tarik Diri, Tak Jadi Sertai Acara StarVendors Mega Raya Festival’ – Ifa Raziah

Mereka cuba jatuhkan saya

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ifa Raziah mengakui ada seorang dua individu yang sanggup berbuat seperti itu terhadapnya.

Mereka cuba jatuhkan saya. Saya juga terpaksa pecat dua pekerja sebab mereka menipu dan tidak jujur.

Menurut Ifa, dua pekerja terbabit secara diam-diam memberikan khidmat mereka kepada pihak lain yang menganjurkan program berbeza.

Bukan setakat itu sahaja, saya juga berdepan dengan ujian yang bertimpa-timpa sehingga terfikir untuk menamatkan saja penganjuran acara Starvendors yang dikendalikan setiap tahun.

Berbicara mengenai acara Starvendors, Ifa memberitahu dia berdepan dengan masalah penajaan hingga membuatkan dirinya berasa tawar hati untuk meneruskan program berkenaan.

Katanya lagi, perkara itu menyebabkan segala proses pengurusan acara itu menjadi lewat pada tahun ini.

Bohonglah, kalau tidak menangis sebab saya memang sudah kecewa dari awal lagi kerana penganjuran edisi ke-15 ini membabitkan banyak isu. Saya juga pernah terfikir mungkin ini penganjuran acara yang terakhir kerana mahu fokus pada bisnes lain.

Bagaimanapun, Ifa bersyukur kerana acara itu akhirnya mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) sebagai rakan strategik.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×