berita

Mereka Kumpul Sampai Nak Keluar Biji Mata Tapi Keluarga ‘Rompak’ Duit Hantaran Lelaki

January 11th, 2017 | by Wan
Make-It-Senang

hnt

Tak dapat dinafikan antara cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga ialah menyediakan wang hantaran. Namun lazimnya jumlah wang hantaran ditetapkan hasil persetujuan bersama.

Kata orang terpulang kepada kemampuan pasangan. Jangan susahkan perkara yang mudah. Namun ianya bukan alasan yang kukuh untuk lelaki berpuas hati, sebaliknya tunjuk kesungguhan yang ‘luar biasa’ untuk memperisterikan si dia.

Yang tak sedapnya bila duit hantaran yang dikumpul dengan penat lelah ‘dirompak’! Ikuti perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad.

Kuncinya perlu sederhana

r2

ROMPAK DUIT HANTARAN LELAKI.

1. Duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan.

2. Bapa pihak perempuan sepatutnya keluarkan belanja sebagai tanda syukur ada anaknya telah dilamar dan diterima.

3. Kenduri itu bukannya yang ada 18 khemah, memadai ikut sunnah dengan jemput jiran tetangga, jemaah surau dan saudara terdekat kita. Kuncinya sederhana.

4. Wang hantaran dengan rakusnya digunakan untuk belanja pelamin, pakaian pengantin, khemah dan goodies, kad kahwin, makanan dan belanja fotografi.

5. Jika bapa kita memang tak mampu, bolehlah gunakan duit ini sebahagiannya untuk belanja. Tetapi tetap sederhana, bukan habiskan semua.

6. Saya pernah jumpa bapak mertua yang pulangkan kembali wang yang diterima sebagai hadiah untuk mulakan hidup berkeluarga. Pengantin lelaki rasa hiba dan malu nak terima.

7. Rasa hormatnya pada bapa mertua jadi sangat luarbiasa dan sayang isterinya pasti berganda ganda.

Tinggalkan budaya bazirkan wang

r1

8. Masyarakat Pantai Timur dah lama lakukan ini, kita saja yang rasa pelik dan nak habiskan duit hantaran lelaki.

9. Mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata, kita bazirkan dengan kenduri mewah nak jaga tahta dengan jiran tetangga dalam sehari sahaja.

10. Lebih sedih bila tetamu bazirkan makanan hingga banyak sisa tak habis, sedangkan pengantin lelaki minum air kosong ditepi jalan itu dah biasa demi cintanya mereka.

11. Manfaatkan duit hantaran untuk beli rumah pertama, bukannya belanja kenduri kendara.

Saya tahu ramai yang tak suka, tapi ini hakikat yang kita perlu terima. Budaya kahwin yang membazirkan wang sahaja, kembali hidup beragama bukan berbudaya.

Azizul Azli Ahmad
Bakal Jadi Bapa Mertua

Sumber : Azizul Azli Ahmad

SKIP THIS AD ×