berita

‘Mereka Minta Cium & Hidu Ketiak Saya’ – Wanita Raih Pendapatan Lebih RM200k Sebab Simpan Bulu

August 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Wanita Berbulu

Di Amerika Syarikat, seorang wanita meluahkan rasa bangga kerana memiliki badan yang berbulu.

Jana pendapatan lumayan

Wanita Berbulu

Menerusi laporan Daily Star, wanita yang dikenali sebagai Cherry itu berkata, dia mampu menjana pendapatan lumayan kerana mempunyai bulu. Tambah Cherry, ada segelintir individu menyuruhnya untuk berhenti mencukur bulu yang berada di anggota badannya.

Sejak detik itu juga, wanita ini melihat peluang yang ada sehingga dia berjaya menjadikannya sebagai pendapatan utama. Cherry meletakkan caj melampau antara £3,000 (RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781) untuk mereka yang berminat dengan bulu badannya.

Saya pernah kehilangan kerja dan betul-betul memerlukan wang. Tidak lama selepas itu, saya sedar wujud nafsu pelik dalam kalangan manusia. Saya dapat macam-macam permintaan pelanggan, ada yang aneh, contohnya mereka minta untuk cium dan hidu bulu ketiak saya.

Mereka juga akan rakam video saya dari pelbagai sudut. Bulu saya cepat tumbuh, saya dah tak cukur sekarang.

Sebelum ini, Cherry berkata dia juga sama seperti insan lain yang sentiasa mencukur bulu pada badan. Kini, dia menyesali perbuatan tersebut dan melihat bulu-bulu yang tumbuh sebagai satu kebanggaan untuk dipamerkan kepada peminat.

Sumber: Daily Star

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×