berita

Mereka Sudah Macam Adik Beradik, 5 Sahabat Mangsa Kebakaran Akan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

December 12th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Lima remaja meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Puncak Jelapang Maju, Jelapang, Ipoh. Kejadian yang berlaku kira-kira 1.55 tengah hari, semalam itu telah menyebabkan 40 peratus premis berkenaan terbakar sebelum bomba tiba.

Kesemua keluarga mangsa telah bersetuju untuk mengebumikan dalam satu liang lahad yang sama. Memandangkan mereka sudah berkawan sejak dari kecil lagi dan hubungan lima sahabat ini sudah bagaikan adik-beradik.

Bagaimana boleh ada bahan letupan?

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman menemui kesemua mayat rentungdi bahagian atas rumah kedai itu. Berdasarkan hasil siasatan awal mendapati mendapati premis ini tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan bahan letupan.

Polis sedang menyiasat bagaimana boleh ada bahan letupan di dalam premis itu kerana ia tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan, jika kedai sebelah yang tertera pakar bahan letupan itu, ia memang dilesenkan.

Sebab itu polis sedang menyiasat bagaimana ia boleh disimpan di premis ini. Jika pemilik premis sebelah dan premis ini sama pun, bahan letupan tidak boleh disimpan di lokasi lain dan perlu disimpan di lokasi sama.

Saya tengok dia, dia tengok saya

Dalam insiden itu, kesemua mangsa yang terbabit berusia 16 hingga 19 tahun dan bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.

Mereka dikenali sebagai Ikram Mohd Husni, Nuraiman Abdul Rahman, Ekmal Izzuddin, Ahmad Faizal Aminuddin dan Azhar Shah Rosli. Mereka dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut Aminuddin Tan, ayah kepada Ahmad Faizal berkata anaknya itu telah memaklumkan kepadanya yang dia tidak dapat menonton bola sepak kerana terpaksa bekerja pada malam tersebut.

Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.

Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati. Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran.

Saya tidak tahu dia bekerja

Sementara itu, ayah kepada mangsa Nuraiman, Abdul Rahman Bahak tidak menyangka anaknya itu akan pergi terlebih dahulu. Namun, dia sempat menghantar ayahnya ke tempat kerja.

Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’.

Mohd Kamari Talib, ayah kepada mangsa Ekmal Izzuddin pula kongsi momen terakhir bersama anak lelakinya itu sebelum dia ke tempat kerja.

Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.

Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140.

Mereka sudah seperti adik-beradik

Lima jenazah sahabat ini akan dikebumikan dalam satu liang lahad atas persetujuan ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan mereka telah terjalin sejak kecil lagi. Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak mengakui hubungan mereka tidak ubah seperti adik beradik.

Kemana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad.

Proses mengenalpasti kesemua mangsa agar sedikit sukar kerana memerlukan beberapa dokumen termasuk laporan perubatan dan pergigian bagi mengesahkan identiti masing-maisng. Pihak keluarga semua mangsa berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.

Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun. Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA. Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×