berita

Meriah Betul Dekorasi Raya The Exchange TRX Tahun Ni, Siap Ada Persembahan Budaya Lagi!

April 2nd, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bila dah nak tiba musim perayaan, hampir kesemua pusat membeli-belah tampil dengan dekorasi Raya mereka yang tersendiri. Kalini, paling min tak sabar dan tertunggu-tunggu nak tengok dekorasi di The Exchange TRX.

Ada yang dah tengok ke? Min dapat tahu yang mereka meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan dekorasi bertemakan ‘Magnificence of Raya’.

Dengar-dengar cerita, bukan setakat dekorasi je ada banyak lagi benda menarik yang diorang anjurkan di sana. Apa tu? Ha…korang kena tengok ni!

‘Magnificence of Raya’ mempersembahkan keunikan budaya tradisional!

The Exchange TRX tampil dengan tema ‘Magnificence of Raya’ bagi mempersembahkan keunikan budaya tradisional Melayu dan mengiktiraf peranannya dalam pembangunan seni kontemporari negara.

Ha..korang pun tau kan, kita semua dah sebati dengan kehidupan warga Malaysia yang terdiri daripada komuniti yang berbilang kaum.

Jadi, tak kira kaum Melayu, Cina, India atau sesiapa saja, kehadiran korang amat dialu-alukan untuk menghargai rekaan dan seni kontemporari Malaysia sekaligus memeriahkan lagi pameran yang ada di The Exchange TRX ini.

Korang boleh layan persembahan kebudayaan melayu yang menarik!

Ha, sambil-sambil korang shopping persiapan Raya di The Exchange TRX tu, apa kata korang singgah dan tengok persembahan kebudayaan yang diorang sediakan.

Ada banyak persembahan menarik seperti persembahan silat, wayang kulit, muzik caklempong dan kompang di Central Exchange.

Bukan apa dah penat membeli-belah, layan kerenah anak, ini la masanya korang nak enjoy dan layan persembahan yang ada!

Boleh berbuka puasa & nikmati juadah istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan!

Dah syok shopping dan layan persembahan yang ada, boleh get ready untuk berbuka puasa pula. Ada pelbagai hidangan dan juadah menarik di Meriah oleh Serai Group dan G’rai tau!

Korang boleh nikmati pelbagai jenis makanan yang menampilkan hidangan dari Asia Tenggara dan citarasa Melayu asli bersama keluarga dan rakan-rakan di sana nanti.

Paling menarik, The Exchange TRX tawar hadiah eksklusif, korang nak menang tak?

Buat korang yang kaki ootd tu, apa kata korang posing sikit bersama dekorasi raya yang ada di The Exchange TRX tu. Kalau ada rezeki bolehlah bawa pulang hadiah menarik dari jenama Bonia dan Carlo Rino.

Nak tahu macam mana nak join snap and win contest ni, korang boleh tengok dekat SINI.

Excited tak? Tunggu apa lagi, jom shopping Raya & buat pelbagai aktiviti di The Exchange TRX!

Setahun sekali je korang berpeluang untuk tengok dekorasi Raya, persembahan budaya dan menang hadiah menarik bila berbelanja di The Exchange TRX tau! Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang The Exchange TRX di SINI atau melalui Facebook dan Instagram mereka.

SKIP THIS AD ×