Bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kumpulan vokal ternama British, Blue telah mengadakan konsert jelajahnya malam tadi untuk meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.
Artikel Berkaitan: Ajak Peminat Imbau Kenangan Lalu, Shila Amzah Teruja Bakal Adakan Konsert ‘Journey to The Future’ Di 5 Lokasi Berbeza
Artikel Berkaitan: Walaupun Ramai Cakap Mahal, Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
Peminat teruja sampai tak nak duduk
Bergema dewan tersebut dengan sorakan peminat apabila keempat-empat ahli kumpulan Blue membuka tirai pentas dan memulakan persembahan mereka dengan lagu Sorry Seem To Be The Hardest Words. Diana Danielle juga turut hadir memberi kejutan ketika persembahan pembukaan.
Kali terakhir kumpulan Blue yang dianggotai oleh Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa ke Malaysia kira-kira empat tahun lalu. Namun kelincahan mereka di pentas pada malam Jumaat menaikkan lagi semangat dan keterujaan lebih 2000 peminat sehingga berdiri menikmati persembahan.
Blue yang baru pulang dari Singapura berkata peminat di Malaysia paling meriah sepanjang konsert jelajah mereka.
Peminat di Malaysia merupakan penonton paling gempak yang pernah kami saksikan!
Blue beraksi sepenuh tenaga
Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul yang bermula pada 8.00 malam, menyaksikan vokal mantap dan aksi tarian hebat daripada kumpulan Blue dengan menyampaikan 17 buah lagu dari album lama dan baharu mereka.
Pemerhatian OhBulan! mendapati bahawa penonton konsert Blue berpuas hati kerana berjaya menggamit nostalgia dengan persembahan yang menghiburkan dan bertenaga walaupun hanya berlangsung selama 75 minit.
Menurut Pengarah Urusan Happymoon, Kesavan Purusotman, pihaknya berterima kasih kepada kumpulan Blue kerana masih mahu membuat persembahan walaupun mereka sudah beberapa kali ke sini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal amat terharu dengan sambutan dan sokongan peminat terhadap kumpulan Blue.
Jualan tiket laris dalam masa yang singkat dengan rata-rata umur pembeli dalam lingkungan lewat 2o-an dan pertengahan 40-an.
Untuk rekod, kumpulan Blue mula mencipta nama dari era 90-an sehingga sekitar tahun 2000 dan pernah bergerak solo pada 2004 sebelum bersama semula pada 2011. Blue sebelum ini popular dengan hits mereka antaranya One Love, All Rise dan If You Come Back.