berita

Meriahkan Hari Raya Dengan Dikir Stail

August 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Dikir Stail - Barisan artis dan tukang karut yang menjayakan program Dikir Stail

Sambutan Hari Raya anda semestinya kurang meriah jika tidak diserikan dengan program-program menarik di kaca televisyen. Betul, kan?

Demi memahami kehendak penonton, maka TV3 sekali lagi menyediakan pelbagai rangkaian program khas bersempena Aidilfitri pada tahun ini.

Para penonton akan disajikan dengan kemunculan istimewa One Nation Emcees, Black, Alyah dan Aizat melalui program muzikal raya istimewa berjudul Dikir Stail yang akan ditayangkan pada raya kedua nanti.

Dikir Stail- Alyah berduet dengan Aizat mendendangkan lagu raya

Alyah berduet dengan Aizat Amdan

Menariknya mengenai program ini, ia bukan sahaja menampilkan pemuzik dan penyanyi generasi baru di atas satu pentas, malah Dikir Stail juga turut dijayakan oleh kumpulan dikir barat yang diterbangkan khas dari Kelantan.

Untuk pengetahuan anda, kesemua artis jemputan ini akan menyanyikan lagu raya lama yang pernah dipopularkan penyanyi-penyanyi terkemuka suatu ketika dulu.

Tambah istimewa lagi, penonton juga dapat menyaksikan sebuah muzik yang indah menerusi gabungan antara rentak moden dan tradisional. Antara lagu raya yang bakal dipersembahkan adalah seperti Dendang Perantau, Suatu Hari Di Hari Raya, Seloka Hari Raya dan banyak lagi.

Jadi pastikan anda melekat di hadapan TV pada Hari Raya kedua nanti bersamaan 9 Ogos 2013 jam 9.30 pagi untuk menyaksikan persembahan terbaik daripada barisan penyanyi berbakat di alaf baru ini. Semoga anda terhibur dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sementara itu, ayuh layan beberapa keping foto Dikir Stail yang sempat dirakam di bawah.

SKIP THIS AD ×