berita

Meriahkan Jom Heboh di Rumah Dengan McDelivery, Siap Ada Promo Kod Untuk Korang Tau!

August 28th, 2020 | by Epul
Shout Out!

Hmm.. Tak syokla nak tengok tv kalau takde benda nak makan!

Siapa macam ni? Setiap kali nak layan persembahan artis mesti kena ada benda nak dikunyah. Kalau tak, asyik rasa moody pastu tak boleh fokus pada rancangan yang ditonton.

Haa.. Ni kami nak share dengan korang, sempena Jom Heboh di Rumah hujung minggu ni, kalau order McDelivery korang boleh dapat lebih penjimatan dan ini pastinya buatkan korang lebih puas bila menikmati McD bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di rumah.

Enjoy Jom Heboh di Rumah dengan McDelivery!

Karnival Jom Heboh memang terkenal sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti ramai kerana menampilkan ramai artis dan pengacara terkenal. Namun tahun ini, banyak aktiviti hiburan berbentuk fizikal yang melibatkan ramai terpaksa dihadkan kerana mematuhi aturan norma baharu.

Tidak mahu peminat setia Jom Heboh bersedih, TV3 tampil dengan Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery di mana persembahan dan pelbagai aktiviti akan diadakan secara virtual. Ini pastinya memberikan penonton pengalaman berhibur dengan gaya baru.

Lagi best, sepanjang 2 hari Jom Heboh di Rumah, bila order McDelivery korang boleh menikmati lebih banyak penjimatan dan boleh dapat Chicken McNuggets free tau.

Nikmati hidangan enak McDonald’s dengan nilai hebat!

Tengah syok layan Jom Heboh di Rumah kalau korang rasa malas nak keluar beli makanan, tak perlu risau biar abang McDelivery hantar pesanan korang.

Menerusi pembelian secara McDelivery, korang boleh dapat banyak penjimatan! Nak lebih kenikmatan dan kepuasan korang boleh pesan Set Kombo atau Set Nilai Hebat. Nak makan dengan kawan-kawan atau famili pula, korang order Set Famili. Gerenti puas makan!

Untuk pesanan, korang boleh muat turun aplikasi McDelivery atau layari terus laman sesawang McDelivery. Sebelum nak check out jangan lupa letak kod promo “JHMCD” dan korang akan dapat 6 ketul Chicken McNuggets secara PERCUMA. Bestnya!

Tapi, semua ini untuk waktu yang terhad je tau! Bermula 29-30 Ogos 2020 saja.

Kemeriahan luar biasa Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery!

Bakal bersiaran selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini di TV9, Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery akan membawakan pelbagai aktiviti menarik dengan pelbagai tawaran hebat secara virtual menerusi kaca televisyen. Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air.

Antara selebriti yang akan membuat penampilan antaranya Wany Hasrita, Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Riena Diana, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Kongsi gambar dan menang!

Eh jap belum habis lagi! Korang juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar tunai bernilai RM20,000 daripada McDonald’s dengan berkongsi gambar kemeriahan korang menikmati hidangan McDonald’s di rumah. Ikut langkah-langkah di bawah ni:

Langkah 1 : Ambil gambar.
Langkah 2 : Sertakan kapsyen kreatif tidak melebihi 30 patah perkataan.
Langkah 3 : Muat naik di Instagram beserta #JHDRbersamaMcDelivery #MerdekabersamaMcDelivery
Langkah 4: Pastikan akaun Instagram bukan dalam mod privasi.

Pertandingan ni dah bermula dari 25 Ogos dan berakhir 30 Ogos, jam 6 petang. Keputusan pula akan diumumkan pada 30 Ogos, Ahad, jam 10.50 malam di TV9 dan 11.40 malam di TV3. Good luck guys!

Apa pun jangan lupa save the date untuk Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery. Inilah masanya untuk korang menikmati semua hidangan kegemaran korang di McD pada harga penjimatan.

Semua promo adalah tertakluk pada terma dan syarat dan untuk nikmati promo nugget percuma, korang perlulah berbelanja minimum RM18 dengan servis penghantaran RM5. Untuk lebih maklumat lanjut klik di SINI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×