berita

Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Pelbagai Aktiviti & Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon!

January 10th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Rasa macam baru je habis perayaan Krismas, sekarang sambutan Tahun Baru Cina pula bakal menyusul. Rakyat Malaysia memang pantang dengar ada perayaan, semuanya nak sambut. Yelah, meraikan kepelbagaian kaum kat negara ni kan?

Haa.. Sempena Tahun Baru Cina ni, Sunway Lagoon nak ajak korang datang ke taman tema air mereka dan berhibur dengan pelbagai aktiviti menarik untuk rasai pengalaman mengujakan dengan tarikan terbaru, Zambezi River.

Rasa macam kat Afrika bila lalu Zambezi River!

Korang pernah ke Afrika atau pernah melihat gaya hidup masyarakat di sana? Kalau tak pernah, korang boleh alami semua tu sendiri sebab Sunway Lagoon ada tarikan istimewa nak bawakan untuk korang iaitu Zambezi River.

Kalau korang nak tau, Zambezi merupakan nama sungai keempat terpanjang di Afrika. So, kalau ke Sunway Lagoon korang boleh menikmati tarikan terbaru ni. Memang feeling macam kat Afrika betul sebabnya di sepanjang Zambezi River ni ada lukisan kuno masyarakat Afrika yang diwarnakan dengan cat neon, bunyi gendang (drum) Afrika yang dipasang serta pancutan air. Memang rare!

Enjoy persembahan zodiak comel sempena tahun tikus!

Ikut kepercayaan masyarakat Cina, setiap kali tiba tahun baru pastinya akan ada 12 zodiak haiwan yang akan mewakili tahun berkenaan dan tahun ni merupakan giliran bagi zodiak tikus.

Kalau korang ke Sunway Lagoon pada 2 hari pertama sambutan Tahun Baru Cina pada 25 dan 26 Januari, korang boleh menikmati tarian singa, gendang bermusim (seasons drum) dan paling istimewa semestinya persembahan tarian ‘A Mouse’s Tale’ daripada maskot terbaru Sunway Lagoon Captain Quack dan rakan-rakan dengan kemunculan istimewa Sifu Lao Shu.

Banyak lagi aktiviti menarik menanti korang. Rugi tak ke Sunway Lagoon!

Dah nama pun perayaan Tahun Baru Cina, kebanyakkan aktiviti yang diadakan di Sunway Lagoon juga mestilah berkaitan dengan masyarakat Cina. Jadi, ni la masanya untuk korang merasai kemeriahan dan memahami bagaimana kaum Cina meraikan Tahun Baru dan kepercayaan mereka.

Antara aktiviti menarik yang korang boleh try nanti ialah Rat Race Animal Kingdom, Sand Art, Chapteh dan banyak lagilah.

Jomlah kita ke Sunway Lagoon!

Apa tunggu lagi? Cepat book tiket korang untuk ke Sunway Lagoon mulai 23 Januari hingga 6 Februari 2020 bagi merasai sendiri Mouse-topia Tahun Baru Cina korang dan menikmati tarikan terbaru, Zambezi River.

Nak tau lebih lanjut tentang Sunway Lagoon dan pakej-pakej yang ditawarkan? Layari saja laman web Sunway Lagoon sekarang!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×