

Meskipun sudah berpisah, itu tidak menghalang pempengaruh, View Chin untuk menghargai bekas isterinya, Shermine bersempena sambutan Hari Ibu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shermine Ah Moi Sudah ‘Move On’, Titip Ucapan Buat View Chin – ‘Lepaskan Perkara Yang Lama & Mulakan Hidup Baru’
Sambut Hari Ibu

Menerusi Instagram Story (IGs) yang dimuat naik Shermine, bekas pasangan suami isteri ini dilihat menyambut sambutan tersebut di sebuah restoran mewah.
Mereka juga kelihatan begitu mesra menyambut yang disambut pada tarikh 11 Mei setiap tahun itu bersama dua orang anak.
Shermine turut menitipkan ucapan terima kasih buat View Chin kerana tetap menghargainya sebagai seorang ibu kepada anak-anak mereka.
View Chin belanja makan malam (sempena) Hari Ibu.
Terima kasih.
Untuk rekod, View Chin dan Shermine mula menjadi bualan selepas bekas suaminya itu didakwa curang dan menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri, Amira.
Walau bagaimanapun, Amira kemudiannya meleraikan spekulasi itu dengan menyatakan bahawa hubungannya dengan View Chin hanya terjalin setelah usahawan itu sah bercerai dengan Sharmine.
Sumber: IGs Shermine






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

