Semalam, pelakon, Fazura dan suaminya, Fattah Amin melawat pesakit kanser di Institut Kanser Negara (IKN). Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, kelihatan aktres itu memberi infaq makanan dan Al-Quran kepada para pesakit.
Inspirasi sangat tengok Fazura
Menerusi Instagram Story, rata-rata netizen tertarik melihat sikap Fazura yang sentiasa merendah diri dan tidak kekok apabila melayan pesakit dan staf yang berada di IKN. Fazura dilihat menziarahi beberapa orang pesakit sambil memberi infaq makanan dan Al-Quran. Bukan itu sahaja, Fazura sempat berborak dan merakam ‘selfie’ bersama mereka. Malah, isteri kepada Fattah Amin ini turut mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat pesakit kanser berjuang untuk meneruskan kehidupan.
Foto
Di samping itu, Fazura turut berkongsi mengenai aplikasi ‘Mukmin Pro’ yang dilancarkan olehnya pada awal bulan April yang lalu. Menerusi perhatian pihak OhBulan! pengarah IKN turut hadir mengiringi pasangan suami isteri tersebut.
Sumber: Fazura