berita

Metallica Turun Stadium Merdeka Ogos Ini!

July 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Metallica

Wow! Itu saja yang boleh kami katakan. Selepas beberapa minggu berspekulasi, akhirnya kumpulan heavy metal iaitu Metallica telah mengesahkan bahawa mereka akan turun membuat persembahan di Stadium Negara pada 21 Ogos ini.

Berita ini telah dikongsi melalui laman web rasmi Metallica sebentar tadi.

Screen Shot 2013-07-04 at 11.56.58 AM

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan konsert pertama Metallica di Malaysia dan kami pasti, para peminat fanatik Metallica sudah tidak sabar dengan kehadiran mereka nanti kan?

Tiket akan mula dijual pada hari Sabtu ini (6 Julai) bermula jam 11.30 pagi. Anda boleh dapatkannya di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Manakala jualan tiket secara online pula akan dibuka pada 8 Julai, jam 10 pagi di www.ticketcharge.com.my dan juga www.galaxy.com.my.

Dijangkakan harga tiket bermula pada RM195 sehingga RM680. Untuk sekali seumur hidup, kenapa tidak, kan?

Apa pun, mari panaskan telinga dan mata kejap dengan persembahan live Metallica selepas ini. Bayangkan mereka perform dihadapan anda? Wuuuuuu!

Fade To Black – Metallica