berita

Meter Pintar Kurangkan Populasi Manusia? Tolong Hadam Ni Semua!

August 28th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sekarang Malaysia dah setapak kehadapan. Kita bukan lagi Malaysia yang dulu. Banyak perubahan yang kita boleh lihat tapi satu ja yang masih tak berubah, cara  pemikiran kita. Memang la tak semua tapi banyak sangat yang cepat percaya dengan khabar angin tanpa usul periksa. Siap ada yang sebarkan lagi.

Jadi, hari ni admin rasa terpanggil nak kongsi dengan korang beberapa mitos yang popular tapi tak betul langsung mengenai pemasangan meter pintar.

1. Meter pintar agenda Yahudi!

Anda percaya? Ada bukti? Kalau tak sila kaji dahulu ye.

Tak tahu la daripada mana datangnya spekulasi ini, kononnya pemasangan meter pintar diarahkan oleh golongan atasan yang merupakan proksi kepada penyebaran agenda yahudi. Cik kak, cik abang semua. Fikir logik la. Apa kena mengena pasang meter pintar dengan fahaman agama dan prinsip kehidupan yang korang pegang.

Jadi, jangan la sebarkan yang pelik-pelik lagi sebab bila baca admin rasa nak gelak, kadang tu rasa jelak ja.

2. Meter lama selamat digunakan & tak perlukan yang baru!

tak tahu nak komen apa bila baca kenyataan ini. Macam ni, tujuan penukaran dilakukan sebab nak mudahkan hidup korang. kita lihat dari sudut positif, okay?

Melalui penggunaan meter pintar, ia mendorong pe­lang­gan mengurus dan meng­gunakan tenaga dengan lebih efi­sien dan pada masa yang sa­ma meminimumkan kesan ter­ha­dap alam sekitar.

Selain itu, pengguna mem­peroleh manfaat seperti kemudahan proses bil yang lebih mudah, menerima bil elektrik yang tepat, mengikut masa yang ditetapkan di samping dapat memantau penggunaan tenaga elektrik di premis masing-masing.

Kalau baju beli baru, makeup tukar baru, begitu juga meter pintar ianya ialah satu langkah lagi yang akan membawa kita kehadapan. Paling penting efisien you all. Tak salah pun bertukar kepada yang baru. Ianya ialah untuk jaminan kesejahteraan bersama.

3. Pengunaan meter pintar adalah ‘Agenda 21″???

Ni lagi satu yang popular. tak tau nak kata apa, banyak sungguh orang percaya. Padahal admin sendiri rasa amat pelik. Bagi yang tak familiar dengan slogan ni,agenda 21 tu ni sebenarnya dikatakan satu agenda untuk mengurangkan populasi masyarakat dunia daripada 7.3 bilion kepada 500 juta sahaja.

Pelik bin ajaib sungguh la fakta yang direka. Ada yang kata dengan penggunaan meter pintar ni korang boleh dapat kanser , masalah saraf dan sebagainya. Tapi admin tegaskan disini. Buat kajian please. Mitos hanya mitos. Ianya takkan boleh jadi fakta dan kenyataan.

Jadi lepas ni admin harap korang tak terpengaruh lagi la dengan sebarang kenyataan dan ajakan. Tak kisah la apa isu yang dibincangkan atau dituturkan. Tolong semak dulu, okay?

Kehidupan yang lebih sejahtera bermula dengan fikiran yang positif. Banyakkan fakta daripada auta kerana auta membinasakan bangsa.

 

SKIP THIS AD ×