berita

‘Mewah Belum Tentu Dimuliakan’ – Didakwa Hina Penghuni PPRT, Fedtri Yahya Sindir Syifa Melvin

March 6th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Personaliti media sosial, Syifa Melvin ditegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) kerana dikaitkan dengan prestasi permainan Safawi Rasid yang semakin merudum. Syifa yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin sejak dari itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Terbaru, sebuah rakaman video menunjukkan Syifa dikatakan menghina penduduk setinggan dan penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula menjadi bualan ramai. Kenyataan Syifa itu turut mendapat respon daripada Ahmad Fedtri Yahya.

‘Tempat rumah setinggan ni macam PPRT’

Rakaman video yang dimuatnaik pengguna Twitter Kak Jah Sungai Dua ini mendapat perhatian ramai dan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Syifa Melvin itu meskipun niatnya berbentuk gurauan.

Syifa Melvin ketika itu mempromosikan sehelai turban eksklusif sambil mengeluarkan kenyataan mengenai kemewahan penduduk rumah setinggan dan PPRT apabila menggayakan fesyen tersebut.

Kalernya banyak, cantik dan semua kaler-kalernya mahal. Kalau korang pakai, korang automatik nampak mahal walaupun korang duduk rumah setinggan, PPRT. (sambil ketawa)

‘Miskin belum tentu dihinakan’

Personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya memberi respon terhadap kenyataan yang berbentuk gurauan dikeluarkan Syifa Melvin itu. Fedtri Yahya mengakui bahawa ramai penduduk di rumah setinggan turut berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke tahap Kedoktoran (PhD). Malah, ramai di antara mereka mempunyai semangat dan tenaga untuk menjalani hidup sendiri.

Kemewahan atau kemiskinan bukan mengukur kepada kemuliaan disisi Tuhan dan orang miskin tidak layak mendapat penghinaan sedemikian.

PPRT pun cantik sekarang

Rata-rata netizen bengang dengan gurauan yang keluar dari mulut Syifa Melvin. Mereka juga menganggap apa yang diperkatannya itu agak sensitif sehingga boleh mengguris hati ramai orang.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×