Kalau selama ini Mi Sedaap menjadi pilihan ‘comfort food’ paling mudah dan cepat, kali ini jenama kegemaran ramai ini tampil dengan pendekatan yang jauh berbeza.

Menerusi kolaborasi eksklusif bersama Dato’ Fazley Yaakob dan Chef Steve Yong, Mi Sedaap kini diangkat ke satu dimensi baharu di Kejap Food dengan dua menu istimewa yang kreatif dan penuh karakter rasa.

Lebih menarik, menu ini ditawarkan untuk masa terhad sahaja, menjadikannya antara hidangan ‘rare’ yang wajib dicuba oleh peminat mi segera dan foodies.

Dua figura chef, dua pendekatan rasa berbeza

Dalam kolaborasi ini, Dato’ Fazley Yaakob yang sinonim dengan pendekatan kulinari kreatif dan moden tampil memberikan sentuhan idea yang lebih berani dan kontemporari.

Sementara itu, Chef Steve Yong pula membawa perspektif lebih teknikal dan seimbang dalam mengekalkan identiti asal sesuatu hidangan.

Gabungan dua karakter ini menjadikan kolaborasi Mi Sedaap kali ini lebih menarik kerana setiap menu bukan sekadar inovasi, tetapi masih berpaksikan rasa asal yang sudah lama menjadi kegemaran ramai.

Dua interpretasi berbeza, satu identiti yang sama

Kolaborasi ini tampil dengan dua menu utama yang masing-masing membawa identiti tersendiri, namun masih mengekalkan DNA rasa Mi Sedaap yang dikenali ramai.

Menu pertama, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Wrap. Hadir dengan konsep yang cukup segar dan moden, mi yang lazimnya dinikmati dalam mangkuk kini diolah menjadi inti kepada sebuah wrap yang praktikal dan mudah dinikmati.

Menurut Dato’ Fazley, pendekatan ini bukan sekadar untuk kelainan, tetapi untuk memberi pengalaman makan yang lebih fleksibel tanpa mengorbankan rasa asal.

Mi Sedaap

Gabungan perencah Mi Sedaap dengan sos Korean spicy menghasilkan rasa yang lebih bold dan kontemporari.

Apa yang menjadikan hidangan ini lebih menarik adalah tahap kepedasannya yang boleh disesuaikan mengikut selera. Dengan dua paket cili yang disertakan, setiap individu bebas menentukan intensiti rasa pedas mereka sendiri.

Di sebalik inovasi ini, elemen ikonik Mi Sedaap tetap dipelihara. Tekstur mi yang kenyal, dihasilkan daripada gandum berkualiti dari Australia dan Kanada, digandingkan dengan taburan bawang goreng rangup yang memberikan sensasi ‘kriuk-kriuk’ yang cukup memikat.

Rasa klasik diberi nafas baharu

Bagi mereka yang lebih cenderung kepada rasa tradisional, Mi Sedaap Goreng Asli bersama Spicy Honey Mustard Ayam Goreng menawarkan pengalaman yang lebih dekat dengan citarasa asal, namun dengan sentuhan premium.

Chef Steve menjelaskan bahawa hidangan ini sengaja dikekalkan dalam bentuk yang lebih ‘clean’ tanpa penambahan elemen berlebihan, bagi memastikan rasa Mi Sedaap Goreng Asli kekal dominan dan autentik.

Namun, kehadiran ayam goreng rangup yang disaluti sos spicy honey mustard memberikan dimensi baharu kepada hidangan ini. Perpaduan rasa manis, pedas dan savoury melengkapkan setiap suapan, menjadikannya lebih seimbang dan memuaskan.

Ditambah pula dengan tekstur mi yang kenyal serta bawang goreng rangup sebagai pelengkap, hidangan ini berjaya menggabungkan elemen familiar dengan sentuhan inovatif.

Dari dapur rumah ke pentas kuliner moden

Kolaborasi ini secara tidak langsung membuktikan bahawa mi segera tidak lagi terhad kepada hidangan ringkas di rumah.

Dengan kreativiti dan kepakaran chef, Mi Sedaap berjaya ditransformasikan menjadi sajian yang lebih eksklusif dan berdaya saing dalam landskap kuliner moden.

Ia bukan sekadar perubahan dari segi persembahan, tetapi juga satu evolusi dari segi pengalaman menikmati makanan yang lebih menyeluruh.

Hanya untuk masa terhad, jangan terlepas peluang

Bagi yang ingin merasai sendiri keunikan kolaborasi ini, kedua-dua menu boleh didapati di semua outlet Kejap Food.

Walaupun ditawarkan untuk tempoh tertentu, menu ini dibawakan sebagai edisi khas ‘limited time’, menjadikannya lebih eksklusif dan berbaloi untuk dicuba sementara masih tersedia.

Bagi peminat Mi Sedaap, ini mungkin antara peluang terbaik untuk menikmati jenama kegemaran dalam versi yang lebih kreatif dan luar daripada kebiasaan.

Persoalannya sekarang, korang lebih tertarik untuk mencuba versi wrap yang moden atau kekal dengan rasa klasik yang dipertingkatkan?