
Kalau sebut mi segera, mesti ramai yang bayangkan hidangan yang paling ‘express’ bila lapar tengah malam atau malas nak masak. Tapi kali ini lain macam sikit!
Restoran kopitiam popular, Hock Kee Kopitiam tampil dengan kolaborasi istimewa bersama Mi Sedaap dan memperkenalkan menu khas yang hanya tersedia untuk masa terhad sahaja!
Menariknya, Mi segera yang biasa kita makan di rumah kini berjaya diolah jadi menu kopitiam yang lebih ‘authentic’!
Dua menu special yang wajib korang cuba
Melalui kolaborasi ini, terdapat dua menu eksklusif yang boleh korang cuba:
Mi Sedaap Soto Ayam

Menu ini tampil dengan kuah soto yang harum bersama mi kenyal, lengkap dengan rasa rempah yang cukup menyelerakan.
Gabungan rasa masam limau, serbuk bawang putih dan serai yang bagi aroma yang lebih padu pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.
Mi kenyal yang tersedia memang senang untuk diolah untuk menjadi versi Hock Kee korang.
Mi Sedaap Goreng Asli with Hock Kee Chicken Satay

Yang ini memang unik! Mi Sedaap Goreng yang terkenal dengan rasa pedas manis digandingkan pula dengan satay ayam Hock Kee.
Gabungan mi goreng dengan satay ini memang lain daripada yang lain!
Oh ya, rasa ‘kriuk-kriuk’ daripada Mi Sedaap Goreng memang jelas terasa serta menaikkan selera.
Ditambah pula dengan suapan bersama satay ayam Hock Kee, memang fuh, memikat!
Dari mi ‘malas’ jadi hidangan kopitiam
Biasanya kalau makan mi segera, kita cuma tambah telur atau sayur sahaja di rumah.
Tapi kali ini, pihak Hock Kee Kopitiam bawa mi kegemaran ramai ini ke tahap yang lebih menarik dengan sentuhan menu kopitiam.
Memang ramai yang dah mula tertanya-tanya… macam mana agaknya rasa Mi Sedaap versi kopitiam ni?
Kalau anda pun curious, ini peluang terbaik untuk cuba sendiri.
Tersedia di beberapa cawangan terpilih
Menu kolaborasi ini boleh didapati di beberapa outlet Hock Kee Kopitiam berikut:
- City Square
- Sanctuary Mall
- BBCC Tuah
- Eco Majestic
- AEON Shah Alam
- Kota Damansara
- Makan-Makan @ Vertical Podium, Bangsar South
Disebabkan ia menu edisi terhad, kalau teringin nak cuba memang kena cepat sebelum ia hilang dari menu.
Kalau anda peminat mi segera, ini mungkin antara cara paling ‘rare’ untuk menikmati Mi Sedaap.
Jadi… korang team Mi Sedaap Soto Ayam atau Mi Sedaap Goreng Asli with Hock Kee Chicken Satay?
Apa tunggu lagi? Ayuh cuba sendiri sementara menu ini tersedia di Hock Kee Kopitiam!






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
