berita

Mi Segera Terpaling Pedas Di Malaysia! 4 Fakta Yang Korang Kena Tau Pasal Mi Segera Ni!

March 4th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Anyyeong! Eh, tercakap Korea pulak. Bukan apa, sekarang kan tengah demam dengan trend makanan Korea ni. Kalau kita tengok, makin hari makin banyak restoran makanan Korea dibuka kat Malaysia ni. Lepas tu, sana sini orang buat mukbang challenge lah, cabaran makan ramen pedas lah dan macam-macam lagilah.

Walaupun makanan Korea ni kebanyakannya pedas, tapi ianya pedas yang sedap dan buat kita susah nak berhenti makan!

Samalah macam mi segera terbaru, Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni. Dengar cerita, mi segera ni adalah yang paling pedas di Malaysia! Haa..jom kami bagitahu 4 perkara yang korang kena tahu pasal Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni!

Diperbuat daripada salah satu cili terpedas di dunia!

Selalunya mi segera Korea ni memang pedas dan hangat kan. Sampai meleleh la hingus bila makan tu. Tapi, Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles  ni lagi berganda-ganda pedas weh! Mana taknya, ia diperbuat dari ghost pepper iaitu salah satu cili terpedas di dunia tau!

Kalau korang nak tahu, ghost pepper ataupun nama saintifiknya bhut jolokia ni 400 kali pedas dari sos tobasco. Wow, memang berasap lah telinga weh! Korang yang hantu pedas tu, Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni memang sesuai dengan tekak dan citarasa korang. Mesti cuba tau!

Mi segera terpedas di Malaysia!

Orang Asia ni memang suka makan pedas. Tak lengkap agaknya hidup kalau tak makan pedas sehari. Sebab tulah kat pasaran sekarang ni memang berlambak-lambak produk mi segera berperisa pedas. Kalau boleh, semua nak pedas. Perisa ayam pedas lah, cheese pedas lah, tomyam pedas lah. Yang penting ada elemen pedas.

Jangan tak tahu, Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni dikatakan mi segera yang paling pedas di Malaysia tau! Mengalahkan mi segera lain. Hah, cubalah try, tengok bengkak ke tak bibir korang. Jangan lupa letak satu jug air kat sebelah bila makan tau. Haha!

Mi yang berwarna hitam. Unik!

Image result for black noodle gif

Uish, mi warna hitam? Macam takut je bunyinya kan. Asyik makan mi yang sama je kan, apa kata kali ni korang cuba cuba pulak mi hitam.

Haa..jangan risau, walaupun Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni berwarna hitam, tapi ia tiada sebarang pewarna tambahan. Sebaliknya, warna hitam tersebut adalah dari serbuk coklat dan ekstrak buah beri yang selamat untuk dimakan.

Tekstur mi nya yang kenyal tu memang betul-betul mempunyai rasa asli Korea. Bayangkan mi yang kenyal, ada rasa asli pedas dari Korea, perghhh memang boleh memberikan kepuasan!

Edisi terhad dan hanya terdapat di 7-Eleven!

Kenapa kitorang banyak kali tekankan yang korang kena cuba Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles  ni? Sebab ia hanya dijual sebanyak 216,000 pek saja! Korang faham-faham jelah, Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni dah lah unik, sedap dan pedas meletop, memang cepat habis la cerita dia.

Lepas tu pulak, ia hanya dijual di 7-Eleven di seluruh Malaysia dan tidak terdapat di mana-mana kedai yang lain. Hanya ada dari Mac sehingga Mei tahun ini. Memang kalau habis tu kami tak jamin lah, jangan menangis kat bucu katil pulak eh!

Pedas berapi!

Rasa sedap, pedas meletop dan mi nya yang kenyal, memang akan buat korang jatuh hati punyalah! Jadi, apa tunggu lagi, jomlah ramai-ramai ke 7-Eleven yang berdekatan dengan korang dan rasai sendiri Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni. Memang padu!

Nak lagi padu, cabar kawan-kawan, adik beradik makan ramai-ramai. Lepas tu, upload video makan korang dekat akaun Facebook, Instagram atau Twitter dan tag Daebak Noodles berserta hashtag #canornotchallenge. Tag dan cabar kawan-kawan korang yang lain, kita tengok siapa yang surrender ataupun yang jadi juara tahan pedas!

Nak tengok rakyat Malaysia tahan pedas ke tak makan Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni?

Check this out guys..Haa..sampai berpeluh, berasap, menangis lah diorang bila kena penangan Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles ni!

Untuk maklumat lanjut tentang Mi Segera Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles, korang boleh klik sini. 

SKIP THIS AD ×