berita

Mi Sup Juadah Terakhir, Ibu Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu – ‘Dia Berhenti Makan Pada Suapan Kelima’

March 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali dengan nama Siti Zubaidah disahkan meninggal dunia selepas tertelan gigi palsu.

Maut tertelan gigi palsu

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kompas, ketika kejadian, mangsa yang merupakan seorang bidan itu dikatakan sedang menikmati mi sup. Menurut anak mangsa iaitu M Anugerah, mi sup yang dibelinya itu merupakan permintaan ibunya. Bercerita dengan lebih lanjut, M Anugerah mendakwa ibunya berhenti makan pada suapan kelima. Hal ini kerana pada waktu itu, mangsa sudah mula tersedak kerana merasakan seperti ada yang sesuatu yang tersangkut pada kerongkongnya.

Saat diperiksa, ternyata gigi palsu bahagian graham atas tertelan bersama makanan yang dimakan ibu.

Tanpa berfikir panjang, Anugerah bersama ahli keluarga yang lain cuba membantu dengan menepuk-nepuk bahagian belakang ibunya dengan harapan gigi palsu tersebut dapat dikeluarkan. Tidak terhenti di situ, mereka kemudian memberi minuman kepada mangsa tetapi usaha mereka sia-sia. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi sayangnya pembedahan tidak dapat dilakukan kerana mangsa disahkan positif Covid-19.

Ibu positif Covid-19

Sekadar gambar hiasan

Anugerah mengakui sangat terkejut dengan berita tersebut sedangkan selama ini ibunya berada dalam keadaan sihat dan langsung tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti Covid-19.

Setelah ibu kami lemah, barulah pihak hospital melakukan pembedahan untuk mengambil gigi palsunya.

Menurut pegawai perhubungan awam hospital, Rosario Dorothy Simanjuntak, disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan, proses rawatan menjadi perlahan dan pembedahan juga tidak dapat dilakukan. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Sebagai akibat dari penolakan bekalan nutrisi, terjadi gangguan menelan dan infeksi kepada pesakit yang menyebabkan pembedahan harus segera dilakukan dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit sekaligus mengeluarkan benda asing ( gigi palsu) yang ditelan.

Sementara Anugerah mendakwa barang perhiasan seperti rantai dan cincin emas yang dipakai ibunya hilang saat menerima rawatan di hospital terbabit.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×