
Pelakon Mia Ahmad berkongsi perjalanannya melayari bahtera perkahwinan bersama suami, Mohd Izham Tarmizi yang hampir mencecah sedekad.
Artikel Berkaitan: Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Keempat, Baby Boy!
Artikel Berkaitan: ‘Sorry, I Dress For Allah’ – Mia Ahmad Tak Kisah Orang Cakap Tudung Labuh Macam Mak Cik & Tak Moden
Perkahwinan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mia akui pernah berada di fasa putus atas mempertahankan rumah tangganya.
Tidak menafikan, rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun penuh dengan liku dan ujian.
Kata Prof Muhaya, hadiah yang terbaik buat anak-anak adalah perkahwinan yang baik.
Hampir 9 tahun kami bersama, pernah rasa putus asa.
Pernah rasa tiada harapan, rasa tak cukup buat sehabis baik.
Pernah rasa dah cukup buat sehabis baik tapi hati masih berbolak balik.
Menurutnya, sebuah hubungan tanpa ilmu untuk memahami antara satu sama lain hanya proses bertahan tanpa sebarang rasa.
Tanpa bakat untuk memahami, mendengar dengan baik dan memaknai setiap yang berlakau, mungkin saya hanya pada tahap bertahan dalam perkahwinan.
Proses ibadah
Dalam pada itu, Mia memaklumkan bahawa perkahwinan merupakan proses ibadah yang panjang.
Ujarnya lanjut, perkahwinan tidak sama seperti yang digambarkan di media sosial mahupun filem.
Ini adalah satu proses ibadah yang paling panjang, tidak seperti yang digambarkan dalam filem atau media sosial.
Ianya satu bentuk perjalanan yang memerlukan kesedaran yang tinggi, niat yang baik, doa dan tindakan untuk terus belajar, aplikasikan dalam perkahwinan dan kehidupan.
Belajar dan belajar lagi.
Ini adalah diri baru saya untuk 2026. Saya bersedia.
Sekadar info, Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Sumber: TikTok @miaahmad