

Pelakon meningkat naik, Mia Sara Shauki mendedahkan bapanya yang juga pengarah dan aktor, Datuk Afdlin Shauki pernah melarang dirinya menceburi industri seni.
Artikel Berkaitan: Afdlin Shauki Bukukan Filem Papadom – ‘Saadom Melambangkan Kebanyakan Bapa Di Dunia Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Orang Luar Hargai Karya Seni Negara, Mereka Sayang Bakat Setiap Pembikin Filem, Penulis Skrip Mahupun Kru Belakang Tabir’
Tak bagi jadi pelakon

Menurut Mia, hal ini berkemungkinan kerana bapanya tidak mahu dia melalui pengalaman yang sama di mana dunia seni penuh cabaran dan liku.
Bapa saya sebenarnya tak nak saya menjadi seorang pelakon. Saya rasa disebabkan daripada pengalaman dia sendiri.
Saya tahu dia cakap sebegitu sebab dia sudah lama berada dalam industri.
Dia sudah lihat banyak perkara dan dia cakap kalau nak hidup gembira, kehidupan stabil, jangan jadi pelakon.
Mia berkongsi perkara itu menerusi video temu bual di TikTok Just Humans (Humans of KL).
Pada temu bual sama, aktres berusia 25 tahun itu turut mengakui dia kini lebih seronok bekerja dalam dunia teater berbanding stesen TV mahupun filem.
Banyak benda positif dan juga banyak negatif. Bagi saya, mungkin bekerja dalam dunia teater lebih seronok.
Saya rasa lebih banyak pengalaman menyeronokkan berbanding dengan TV dan filem.
Video
@humansofkl.official Why My Dad Didn’t Want Me to Be an Actress Mia Sarah opens up about the real struggles of the acting world — and why her own father warned her against it. Is passion enough to survive the industry? #ActingLife #ParentalAdvice #CareerTruths #BehindTheScenes #ActingStruggles #JustHumans #HumansOfKL #MiaSarah #CreativeCareers #LifeDecisions #PodcastReels ? original sound – Just Humans (Humans of KL)
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

