
Pengarah sensasi, Michael Ang menyokong teguran pelakon Fasha Sandha terhadap sikap segelintir pelakon yang didakwa lewat sehingga mengganggu kelancaran proses penggambaran.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Balqis, Tak Ada Apa Salah Atau Perlu Minta Maaf Kepada Saya, Salah Faham Je Tu’ – Michael Ang
Artikel Berkaitan: Terlepas Pandang Bukan Alasan, Michael Ang Berang Sikap Cuai Kru Produksi
Perasaan yang sama
Menerusi perkongsian di Instagram, Michael, 56, berkata dia kini berdepan situasi yang sama dilalui oleh Fasha apabila terdapat pelakon didakwa gagal hadir ke set mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Katanya, pelakon berkenaan sepatutnya hadir pada awal pagi, namun selepas dua jam berlalu, individu tersebut didakwa masih belum muncul di lokasi penggambaran.
Saya faham perasaan awak Fasha Sandha. Call time pukul 8 pagi, jumlah kesemua pelakon dan pelakon tambahan 70 orang untuk babak kahwin.
Sudah pukul 10 pagi, pelakon tak boleh dihubungi, manager baru angkat telefon.
Disebabkan itu, Michael berkata dia memahami perasaan Fasha yang terpaksa menunggu lama akibat sikap segelintir pelakon yang tidak berdisiplin.
Dalam pada itu, Michael berkata dia tidak akan teragak-agak untuk berkongsi muka pelakon yang didakwa lambat itu di media sosial miliknya.
Saya dah mula main candy crush. Hero pukul 6 petang dah kena pergi. Apa yang saya rasa sekarang? Saya dah macam Fasha Sandha dah ni.
Macam mana la Fasha hadap hampir setiap hari. Saya ni baru sehari dah muat naik di media sosial.
Kejap lagi saya muat naik muka pelakon itu.
Sumber: Instagram








