Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang berkongsi pengalaman berbahaya ketika berdepan dengan kumpulan penunggang basikal di jalan raya.

Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Michael Ang ‘Sekolahkan’ Jofliam, Titip Pesan Untuk Cik Epal – ‘Nanti Dia Dah Tiada Duit Nak Beri Nafkah Anak’

Pengalaman lebih daripada dua

Menerusi muat naik di Instagram, Michael mendedahkan sebelum ini dia sering bertemu dengan pengayuh basikal yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Michael berkata segelintir pengayuh basikal sering berbasikal di tengah jalan raya hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemandu.

Tiga kali kena ‘block’ dengan mereka.

Bila bagi lampu tinggi mereka tidak nampak, jadi pembantu peribadi saya hon dengan perlahan tetapi kumpulan berbasikal itu boleh berhenti dan beri jari tengah.

Mereka juga menjerit tetapi saya tidak dengar kerana dalam kereta.

Menceritakan pengalaman pertama, Michael berkata pengayuh basikal sering berbasikal di tengah-tengah jalan raya hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemandu.

Kali pertama dekat jalan raya. Kebanyakan mereka mengayuh basikal di tengah-tengah jalan raya.

Nasib pembantu peribadi saya yang pandu, kalau saya yang pandu kereta tu mungkin mereka sudah dilanggar sebab saya tidak pandai memandu sangat.

Bagaimanapun, Michael yakin tidak semua pengayuh basikal bersifat seperti itu dan kemungkinan ramai yang berkelakuan baik dengan membantu orang yang memerlukan.

Sumber: Instagram