
Nama pelakon Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul dalam perkongsian terbaru bersama figura dikenali sebagai Mickey Ayo.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Akan Berkahwin Esok’ – Nora Danish
Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang
Lagu beri hint?

Menerusi hantaran di Instagram Stories Mickey Ayo, kedua-duanya kelihatan mesra merakam swafoto di hadapan sebuah premis sambil tersenyum ke arah kamera.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, yang tampil dalam persalinan serba hitam dilihat tersenyum dengan gaya ‘peace’, manakala Mickey turut kelihatan santai dengan pakaian kasual tanpa lengan.
Walaupun tiada sebarang kapsyen tetapi perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi selepas nama mereka berdua dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa.
Malah, penggunaan lagu Surat Hati nyanyian Devano sebagai latar seakan memberi bayangan tersirat mengenai hubungan mereka, sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Sebelum ini, Nora Danish, 43, juga pernah memuat naik foto bersama seorang lelaki berkopiah bercermin mata, sekali gus menguatkan spekulasi netizen bahawa dirinya sedang rapat dengan seorang duda beranak dua yang dipercayai Mickey Ayo.
Kemudian, tular video Mickey tampil lengkap berbaju Melayu dan sampin menerusi perkongsian sebuah jenama tempatan. Video tersebut turut menampilkan sekeping kad kahwin yang tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September 2025.
Namun, pelakon berusia 43 tahun itu tampil memberi penjelasan bahawa ia hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama, sekali gus menafikan khabar angin perkahwinan.
Sumber: Instagram Mickey Ayo






