berita

Mido Commander Gradient Berketahanan Tinggi, Sesuai Buat Si Aktif Yang Gemar Aktiviti Lasak!

March 4th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Koleksi jam tangan Swiss Mido 1994 bukanlah satu nama yang asing lagi buat penggemar jam tangan mewah. Ianya sering mendapat perhatian dek kerana rekaannya yang sofistikated dan elegan.

Jika dibandingkan dengan jam tangan mewah lainnya di pasaran, koleksi ini juga boleh dikatakan mempunyai harga jualan yang lebih mampu milik namun tidak sedikit pun kurang hebatnya tau.

Antara koleksi Jam tangan Mido yang kami rasa paling onz dan mampu menaikkan aura si pemakai adalah Mido Commander Gradient! 

Mido Commander Gradient dilengkapi akrilik lutsinar & Caliber 80

 

Model M021.407.37.411.00

Akrilik lutsinar membolehkan pengguna untuk melihat secara terus mekanik pembuatan jam di dalam Mido Commander Gradient. Senang cakap, korang boleh tengok sendiri apa yang ada dekat dalam jam tangan mewah korang tu.

Buat pertama kalinya koleksi ini juga memperlihatkan Caliber 80 di bahagian tepi serta belakang jam. Ya betul, belakang jam pun lutsinar jadi memang nampak luar dalam dengan jelas!

Tapi apa dia Caliber 80 ni? Haa.. Caliber 80 adalah alat yang membolehkan pergerakan secara automatik. Ianya berprestasi tinggi serta menawarkan rizab kuasa sehingga 80 jam, dua kali lebih banyak daripada caliber biasa!

Lebih hebat, ianya juga diperakui sebagai chronometer yang diiktiraf secara rasmi oleh COSC (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres) berikutan ketepatannya bergerak berdasarkan ujian rasmi pada suhu dan keadaan yang berbeza.

Mido Commander Gradient turut dihiasi dengan smoky effect menghasilkan kesan yang super menawan dan terlihat elegan!

Keseluruhan badan Mido Commander Gradient adalah berwarna hitam dengan kemasan dan tekstur yang kontras. Ia turut dilengkapi polished bezel serta case dengan kemasan satin yang mana kedua-duanya diperbuat daripada PVD-treated steel

Sementara bahagian tali pula menggunakan fabrik hitam dengan jahitan oren dan pengancing lipat membuatkan si pemakai auto nampak berkarisma!

Mempunyai paparan jelas walaupun dalam gelap & tahan lasak

Seperti mana dashboard kereta sering terlihat jelas meskipun dalam keadaan yang sangat gelap, begitulah juga jam tangan Mido Commander Gradient yang dilengkapi penunjuk jam serta minit Super-LumiNova® berwarna oren sepadan dengan jahitan pada tali.

Dial atau wajah jam tangan yang memaparkan waktu pada Mido Commander Gradient mempunyai keliling yang bersifat legap. Manakala, kedudukan tarikh pada pukul 3 pula terserlah sempurna dengan latar belakang putih apertur.

Mido Commander Gradient turut dihiasi dengan kristal nilam bermuka dan berkubah bagi meningkatkan lagi kebolehbacaan dalam apa keadaan sekali pun.

Dari segi ketahanan pula, jam ini memang antara pilihan terbaik untuk korang yang gemarkan aktiviti lasak!

Diperbuat daripada keluli tahan karat dengan case berskru di belakang, Mido Commander Gradient sangat sesuai untuk dibawa menerokai alam semula jadi!

Bahkan, nak terjun ke dalam air sekali pun tak ada masalah kerana ianya kalis air dengan kedalaman sehingga 50 meter.

Malah, korang juga tak payah risau kalau Mido Commander Gradient akan menganggu pergerakan ketika berenang atau sebagainya sebab berat jam ini diangarkan sekitar 69 gram sahaja. Ringan dan gerenti selesa!

Paling penting, Mido Commander Gradient direka khas dengan sifat ketahanan tinggi bagi memastikan ianya boleh terus digunakan buat masa yang lama.

Mido Commander Gradient turut tersedia dalam tiga pilihan lain seperti berikut:

Dari kiri model M021.407.36.411.00, M021.407.33.411.00 dan M021.407.11.411.00

Sekiranya korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kesemua model Mido Commander Gradient atau dah tak sabar nak terus buat pembelian secara atas talian, korang boleh ke laman web rasmi Mido Watches di SINI.

Untuk korang yang lebih selesa untuk berbelanja di butik Mido Watches sendiri, korang boleh berbuat demikian di butik mereka yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur.

Alamat penuh:

Lot 4 . 106 . 01, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

SKIP THIS AD ×