Mierul Aiman

Melebarkan sayap ke Singapura, pelakon, Mierul Aiman meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk membintangi sebuah drama bersiri arahan sutradara terkenal, M. Raihan Halim.

Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Bangga Beli Rumah Pada Usia 27 Tahun, Anggap Satu Pelaburan Masa Depan – ‘Kewangan Saya Juga Sudah Stabil’

Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Jijik Tengok Foto Individu Selamba Letak Kaki Atas Kerusi Dalam Pawagam – ‘Jangan Rasa Tempat Orang Macam Rumah Sendiri’

Lebar kerjaya di Singapura

Mierul Aiman

Memegang watak sebagai pemain utama, Mierul atau nama lengkap Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata, dia amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada naskhah itu.

Saya baru sahaja habis penggambaran sebuah siri di Singapura. Naskhah itu merupakan arahan seorang pengarah bernama Raihan yang juga merupakan sutradara filem La Luna.

Saya merupakan peran utama dalam siri tersebut dan bakal ditayangkan di Mediacorp Singapore, jumlah episod lebih kurang 43 tidak silap saya.

Saya sangat berbesar hati dan merendah diri dapat berlakon dengan barisan pelakon hebat yang lain yang terlibat sama dalam naskhah berkenaan.

Tambah juara Hero Remaja 2021 itu lagi, perkara tersebut memberi satu suntikan semangat serta motivasi kepadanya untuk terus berkarya sebagai seorang anak seni.

Peluang ini juga memberi saya satu suntikan dan motivasi kepada kerjaya seni saya.

Disoal mengenai perbezaan penggambaran di tanah air dengan Singapura, Mierul menjawab tiada yang begitu ketara selain suasana.

Dari sudut perbezaan tidaklah terlalu ketara, cuma apa yang saya dapat kelainan adalah suasana sahaja.