berita

MIG Tak Ada Kena Mengena Dengan Kehilangan Kereta Wawa Zainal – David Teo

July 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

david

Ingat tak semalam OHBULAN! ada memaparkan berita kehilangan kereta milik pelakon Wawa Zainal hingga menyebabkan dia naik angin di Twitter?

Wawa yang kehilangan kereta jenis Suzuki Swift miliknya sejak setahun lalu mendakwa individu yang digelar ‘pencuri’ itu adalah insan yang rapat dengan dirinya.

Artikel Berkaitan : Wawa Zainal Selar Pencuri Keretanya Di Laman Twitter. Betul-Betul Marah Ni!

Nak dijadikan cerita, kes ini dirujuk pula kepada David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG). Maklumlah, Wawa kan pernah bernaung dibawah MIG, mungkin David pun tahu sesuatu mengenai isu ini kan?

davidxmasukcamporBagaimanapun, memetik laporan mStar Online, David menjelaskan dia tidak tahu mengenai kehilangan tersebut dan menganggap ia diluar bidang kuasanya memandangkan Wawa kini bukan artis naungannya.

Kalau korang nak tahu, David juga menganggap segala amarah yang dihamburkan oleh Wawa di Twitter mungkin kepada pihak lain dan bukan dituju kepada dirinya.

Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan enggan mencampuri urusan Wawa kerana dia bukan lagi artis bawah pengurusan saya.

Mungkin sindiran itu dibuat untuk pengurus, keluarga atau teman rapatnya. Ia tiada kena mengena dengan MIG.

Haa, menurut David, dia mengakui bahawa kenderaan tersebut adalah milik MIG yang diberikan kepada Wawa semasa pelakon itu masih lagi artis di bawah naungan syarikatnya.

Apapun, sama-samalah kita nantikan jawapan siapa agaknya gerangan pencuri tersebut. Maklumlah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×