berita

Miley Cyrus Buat Tunangnya, Liam Hemsworth Marah

August 2nd, 2012 | by Ai
Hollywood

Baru-baru ini menerusi media Showbizspy, pelakon cantik Miley Cyrus, dikatakan telah dimarahi oleh buah hatinya, Liam Hemsworth. Menurut sumber, Liam Hemsworth sebenarnya kurang gemar akan sikap Miley yang suka mengikutinya ke set pengambaran, dan baru-baru ini Liam telah memarahi Miley sewaktu mereka bertemu di lokasi pengambaran filem barunya “Paranoia.”

Kadang kala, tindakan Miley membuatkan buah hatinya menjadi gila. Ini kerana, sewaktu Liam sedang mengikuti pengambaran filem terbarunya, Miley dikatakan tidak reti duduk diam dan setelah Liam selesai menjalani pengambaran, Miley akan tidak henti-henti bercerita apa yang telah dia lakukan sepanjang hari tersebut. Ini membuatkan Liam merasa rimas dengan perangai tunangnya.

Menurut sumber, Miley juga dikatakan tidak faham akan kepenatan yang Liam hadapi sepanjang sesi pengambaran, sehingga dia terus mendesak Liam ke bar dan makan di restoran mewah sedangkan ketika itu, Liam hanya perlukan rehat yang cukup.

Selain itu, kesulitan turut bertambah apabila Miley dikatakan turut membawa anjing kesayangannya, Ziggy. Oleh itu, Liam terus memberitahu Miley bahawa dia ke Philadelphia adalah untuk bekerja dan tidak boleh fokus dengan segala perkara disekelilingnya ketika itu.

Miley Cyrus dan Liam Hemsworth telah bertunang pada 7 Jun 2012 yang lalu, setelah Miley menerima sebentuk cincin berlian 3.5 karat daripada Liam Hemsworth sebagai tanda pertunangan mereka.

SKIP THIS AD ×