berita

Miley Cyrus Tampil Dengan Imej Gothic Yang Seksi Dan Memukau

September 14th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Masih ingat dengan si pelakon cilik dalam satu siri televisyen Amerika, Hannah Montana ?

Jika dahulu beliau tampil dengan imej yang ringkas, kini pelakon berusia 19 tahun itu berketerampilan memukau untuk MTV Video Music Awards.

Penyanyi yang popular dengan lagu ’The Climb’ tampil dengan gaya berimejkan gadis ‘gothic’ dimana beliau mengayakan gaun hitam yang menampilkan ciri-ciri belahan dada yang luas.

Gaun hitam Miley mempamerkan sedikit bahagian jarang dan lebihan juraian di bahagian bawah kaki ibarat puteri dengan gaya baru potongan rambut Peroxide Pixie Cut dalam gaya Retro Quiff.

Pelakon remaja yang kini bertunang dengan Liam Hemsworth mengabadikan personalitinya dengan lebihan solekan pada ukiran kening bagi menampilkan imej yang memukau.

Aktres tersebut mengabungkan gaun hitam dengan beg bimbit kecil yang  berperincian mewah dan juraian anting-anting daripada rona warna perak yang  menarik.

Jika dahulu bayang-bayang gaya Hannah Montana menyelubungi Miley Cyrus, kini Miley membuktikan bahawa beliau mampu berfesyen tanpa diselebungi dengan imej Hannah Montana.

SKIP THIS AD ×