Gambar sekadar hiasan

Seorang peguam syariah yang dikenali sebagai Nuaim Razak menjelaskan tentang tuntutan barang dan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan.

Artikel Berkaitan: Cik Epal Dakwa Mata Luka Dicakar Dewi, Dilarang Ambil Barang Peribadi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dewi Kongsi Kronologi Sebenar, Dakwa Cik Epal Mengamuk & Campak Barang Rumah – ‘Dia Tarik Saya Hemp*p Ke Lantai, Cak*r Muka’

Penjelasan peguam

Menerusi hantaran di TikTok, Nuaim memberi contoh situasi yang dihadapi oleh wanita yang sudah bercerai namun mahu menuntut barangan yang dibeli ketika dalam perkahwinan.

Contoh isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, TV dan peti ais dalam tempoh perkahwinan.

Tetapi selepas bercerai, suami pula bawa lari barang-barang tersebut atau berkeras tak mahu pulangkan semula pada isteri.

Menurut Nuaim, isteri boleh mendapatkan semula barangan tersebut dengan membuat tuntutan harta sepencarian terhadap suaminya.

Isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian dan mahkamah boleh perintahkan suami untuk bayar kepada isteri nilai bahagian yang telah ditentukan atau apa-apa kaedah yang mahkamah fikirkan munasabah.

Takrifan harta sepencarian adalah apa-apa harta yang dibeli atau diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Jika dibeli sebelum, harta tersebut hendaklah dimajukan dan dikembangkan dalam tempoh perkahwinan, baru ianya boleh dikira sebagai harta sepencarian.

Suami juga boleh

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, Nuaim memaklumkan bahawa bukan isteri sahaja boleh menuntut barangan berkenaan, malah suami juga mempunyai hak yang sama.

Suami boleh tuntut bahagian, dengan syarat suami perlu buktikan dia ada sumbangan juga terhadap barangan tersebut.

Sumber: TikTok Nuaim Razak & Partners