berita

Miliki Penulen Air Bersaiz Kompak Dengan Rekaan Eksklusif & Moden Pada Harga Serendah RM50 Sebulan!

January 13th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang tengah rancang nak pasang penulen air dirumah? Nak tukar penapis air yang lama kepada yang baru? Mahukan saiz penulen air yang lebih kompak?

Ha… korang wajib scroll artikel ni sampai habis sebab min nak perkenalkan kepada korang penulen air dengan rekaan eksklusif, moden, minimalist dengan saiz kompak keluaran LG iaitu Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™

Penulen air tanpa tangki!

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ dengan Sistem Penapis All Puri 4-Peringkat, merupakan salah satu model penulen air tanpa tangki dengan rekaan moden yang ada dipasaran sekarang.

Model ini merupakan salah satu model penulen air yang menjadi idaman ramai para suri rumah kerana saiznya yang kecil dan kompak. Sesuai sangat kalau korang nak letak diatas kabinet dapur berdekatan dengan singki.

Selain itu, dengan adanya  sistem tanpa tangki, korang dapat menikmati air bersih dan segar pada suhu bilik mahupun suhu panas tanpa perlu bimbang tentang pertumbuhan mikroorganisma pada tangki simpanan air yang boleh mencemarkan rasa air bersih itu sendiri.

Dilengkapi Sistem Penapis All Puri 4-Peringkat.

Turut dilengkapi dengan Sistem Penapis All Puri 4-Peringkat, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ mampu menapis 9 jenis logam berat dan 99.9% norovirus iaitu bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kualiti air.

Bukan biasa-biasa tau sistem yang digunakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ ni. Melalui gambar diatas, korang boleh lihat sendiri bagaimana setiap peringkat sistem penulen air ini menjalankan tugasnya sebelum menghasilkan air yang bersih dengan kualiti rasa yang lebih baik.

Jadi, tak hairanlah penulen air tanpa tangki ini merupakan salah satu penulen air tanpa tangki yang popular di kalangan para suri rumah pada ketika ini.

Servis layan diri….hanya pusing & tarik untuk ganti penapis air!

Kalau korang nak tahu, salah satu keistimewaan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ ini ialah korang boleh tukar penapis airnya sendiri. Tak perlu tunggu technician dah.

Cara nak tukar pun mudah. Hanya pusing ke kiri dan tarik keluar penapis lama. Kemudian, masukkan penapis baru dan pusing ke kanan untuk pastikan penapis baru dipasang dengan betul dan sempurna. Mudah kan?

Lagipun, sepanjang proses menggantikan penapis baru ada voice guidance yang akan bantu ingatkan dan bimbing korang tentang masa dan cara yang tepat untuk tukar penapis. Confirm korang tak kan silap pasang.

**Penapis air baru akan dihantar setiap 6 bulan bagi menjaga kualiti air yang dihasilkan.

Lengkap dengan teknologi penstrilan automatik.

Jangan buang masa atau fikir lama-lama, jika korang nak cari penulen air untuk kegunaan rumah, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ tak akan menghampakan korang.

Ditambah pula dengan adanya teknologi penstrilan UV automatik, paip tahan karat yang digunakan dalam penulen air dan alur air bersih keluar akan di steril setiap 1 jam atau pada bila-bila masa yang korang mahukan. Hanya dengan satu sentuhan butang, sistem penstrilan ini mampu menyingkirkan sehingga 99.99% kuman.

Boleh didapati dalam 3 warna Biru Kelasi, Perak dan Putih, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ turut dilengkapi dengan 3 tetapan suhu air panas seperti dibawah.

  1. 40 darjah celcius: Susu bayi
  2. 75 darjah celsius: Teh
  3. 85 darjah celsius: Kopi

Jom dapatkan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ sekarang.

Harga langganan adalah seperti berikut:

Servis layan diri

Sewa: RM50 sebulan (7 tahun) / RM80 Sebulan (5 tahun)

Harga langsung: Servis layan diri RM2,800 (2 tahun)

Lawatan penyelenggaraan berkala oleh tukang servis

Sewa: RM70 sebulan (7 tahun) / RM100 Sebulan (5 tahun)

Harga langsung: Servis berkala selama RM3,600 (2 tahun)

Maklumat lanjut  berkaitan produk dan pembelian boleh dibuat di SINI

SKIP THIS AD ×