berita

Miliki Rumah Idaman Tanpa Bayaran Pendahuluan Dengan Mah Sing NOW Sebelum Hujung Disember Ni!

December 13th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Semua orang berkeinginan untuk mempunyai kediaman sendiri kan? Tapi, bukan senang nak beli rumah ni. Banyak benda nak kena fikir. Loan boleh lepas ke tak, mampu ke nak bayar bulan-bulan dan macam-macam lagi lah!

Takpe, sekarang korang tak payah risau dah sebab Mah Sing  nak bantu semua rakyat Malaysia membeli rumah idaman dengan harga mampu milik dengan cara yang mudah. Ini merupakan satu inisiatif dari Mah Sing sempena kempen Mah Sing NOW.

Kempen ini pernah dibuat sebelum ini dan ia akan dilanjutkan sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2021. Korang jangan terlepas pulak ya!

Ini 3 cara yang ditawarkan oleh Mah Sing!

Ada pelbagai cara untuk korang miliki rumah sendiri. Antaranya adalah melalui OwnNOW yang ditawarkan oleh Mah Sing. Mereka menyediakan kemasukan mudah untuk para pembeli dengan pinjaman melalui Maybank HouzKEY.

Diikuti dengan ZeroNOW dimana ia menawarkan penjualan sifar iaitu tanpa deposit, bayaran pendahuluan, bayaran semasa pembinaan, serta yuran guaman ke atas perjanjian jual beli dan pinjaman. 

Selain itu, dengan cara SaveNOW  yang akan buatkan urusan pemilikan rumah korang jadi lebih mudah dan jimat.

Keseluruhan proses ini dilengkapi dengan ‘Save NOW’, dimana akan memberikan penjimatan besar dengan potongan sehingga 50% daripada bayaran bulanan, insentif tunai tambahan untuk pembeli yang sudah divaksin, penjimatan pada memorandum pemindahan dan kelengkapan rumah percuma. Wahhh menarik nyaa! 

Ada 3 lokasi tumpuan yang korang boleh pilih!

Projek yang mengambil bahagian di bawah kempen Mah Sing NOW ini terletak di kawasan tumpuan hartanah seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Korang jangan risau pasal lokasi kediaman sebab Mah Sing memang ada banyak pilihan rumah yang sememangnya buat korang rasa puas hati.

Antaranya projek- projek tersebut ialah di:

1. M Arisa, Sentul 

  • Saiz: 550 sqft-1025 sqft
  • Mempunyai 1-4 bilik
  • Merupakan residensi berkonsepkan multi-level Sky Garden, kolam renang sepanjang 50m, jakuzi dan floating gym
  • Hanya 5km ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan mempunyai shuttle untuk ke LRT & MRT

2. Sensory @ Southville City, Bangi

  • Saiz: 888kps- 914kps
  • Mempunyai kemudahan seperti kolam renang, bilik gim, gelanggang bola keranjang, padang hammock, gelanggang futsal dan permainan pasir.
  • Persimpangan terus ke lebuh raya KL – Seremban, kawalan keselamatan 24 jam
  • Dikelilingi lebih daripada 100 kedai dan pelbagai kemudahan seperti kedai serbaneka, pusat pengajian, pusat perubatan dan lain-lain.

3. Meridin East, Pasir Gudang, Johor

  • Saiz: 1,622 kps
  • Mempunyai kemudahan seperti 2 tasik berkeluasan 9 ekar, trek joging dan berbasikal sepanjang 16km, taman permainan dan gelanggang bola keranjang.
  • Dikelilingi dengan kemudahan sekeliling seperti institut pendidikan, pusat beli-belah, kedai serbaneka, pusat perubatan.

Ha..amacam? Memang terbaik pilihan rumah-rumah mewah yang ditawarkan ni kan? Jadi, korang jangan ketinggalan pula untuk pilih lokasi yang sesuai untuk kediaman korang. 

Jom! Rebut peluang korang untuk dapatkan rumah mampu milik ini!

Ha…lepasni dah tak perlu fikir nak menyewa sebab gaji kecil atau kekurangan wang simpanan. Korang dah boleh miliki rumah sendiri dengan serendah harga RM900 sahaja sebulan. Rebut peluang ini secepat mungkin,  sekurang-kurangnya korang dapat banyak keuntungan dan boleh jimat berlipat kali ganda.

Nak tahu lebih banyak info tentang projek perumahan Mah Sing serta promosi lain yang ditawarkan, layari je laman sesawang Mah Sing sekarang!

SKIP THIS AD ×