Dalam satu sambutan penuh warna dan semangat keterangkuman, KFC Malaysia bergabung tenaga bersama Mimi Fly untuk gegarkan kempen kesedaran dengan Cabaran Tarian Mimi Fly x KFC dan lagu baharu berjudul ‘Sepakat’.

Artikel Berkaitan: Tebus Iced Brown Butter Oat Latte Di Aplikasi KFC Dengan 11 Mata Ganjaran!

Menari & menang!

Kempen yang bermula 10 September hingga 10 Oktober 2025 ini mengetengahkan komuniti kurang upaya pendengaran dan semuanya dilakukan dengan penuh gaya, rentak dan rasa.

Inilah masanya semua rakyat Malaysia bangkit, belajar, dan menari bersama kerana apabila kita bergerak seirama, setiap gerakan ada makna tersendiri.

Dengan tagline penuh semangat, “Dengan Isyarat Ada Makna, Dengan Jari Kita Sejiwa”, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang komuniti kurang upaya pendengaran dan kepentingan peluang sama rata buat golongan keupayaan berbeza.

Cabaran ini terbuka kepada semua golongan muda dan dewasa, terutamanya Gen-Z, untuk turut serta dalam cabaran tarian istimewa yang menampilkan gerakan ciptaan Mimi Fly sendiri, elemen bahasa isyarat dan lagu baharu yang penuh jiwa.

Selepas inisiatif bahasa isyarat kami sebelum ini, “Jom Belajar Bahasa Isyarat Edisi Kepci”, pasukan KFC Community Care terus komited mendidik rakyat Malaysia tentang istilah asas yang mampu ubah cara kita berkomunikasi dengan komuniti istimewa ini sekali gus menegaskan komitmen KFC terhadap komunikasi yang lebih inklusif.

Jom sertai!

Menurut Hanim Mazam, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, berkata mereka berbangga dapat memberi penghormatan kepada komuniti kelainan pendengaran dan berkeperluan khas.

Kami berbangga dapat meraikan serta memberi penghormatan kepada ahli pasukan KFC kami yang luar biasa, termasuk mereka yang kurang upaya pendengaran dan golongan berkeupayaan berbeza.

Mimi Fly adalah rakan kolaborasi terbaik untuk cipta platform yang bukan saja menghiburkan, tapi juga mendidik dan menyatukan komuniti.

Kami meraikan bakat luar biasa komuniti ini yang sangat istimewa dan melalui kempen ini, KFC membuktikan lagi komitmen terhadap nilai inklusiviti.

KFC jadi peneraju

KFC Malaysia terus menjadi peneraju dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan bermakna untuk komuniti istimewa ini dengan membuka tiga Kedai Community Care yang dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja berkeperluan khas, dan kini mempunyai lebih 100 ahli pasukan di lebih 70 cawangan seluruh negara.

Macam mana nak join? Peserta hanya perlu belajar rutin tarian yang akan dikongsikan di saluran media sosial rasmi KFC, dan hantar video penyertaan mereka untuk peluang memenangi hadiah menarik!

Sebanyak 11 pemenang bakal bawa pulang KFC x Mimi Fly T-Shirt edisi eksklusif bertandatangan, dan seorang pemenang bertuah dari kalangan itu akan bawa pulang hadiah utama iaitu setahun KFC percuma!

Kempen ini bukan sekadar cabaran tarian. Ia adalah satu gerakan ke arah kesedaran yang lebih besar, menyemai rasa inklusif, dan meraikan budaya serta sumbangan komuniti kurang upaya pendengaran dan berkeupayaan berbeza.

Nak tahu lebih lanjut dan join cabaran? Layari media sosial rasmi KFC Malaysia dan website mereka di www.kfc.com.my

Video

@kfcmalaysia

🔥 Malaysia, it’s here… The drop we’ve all been waiting for. KFC x Mimi Fly bawakan a song and dance inspired by our Community Care team members – Sepakat. In conjunction with International Deaf Awareness Month, kita celebrate inclusivity dengan Dance Challenge yang penuh makna. Stand a chance to win signed Mimi Fly x KFC T-shirts, and maybe… setahun makan KFC percuma! 🔥 Step dia senang je: 1️⃣ Tunjuk dance move versi anda 2️⃣ Masukkan ucapan special 3️⃣ Post dengan KFCMimiFlyChallenge This isn’t just a dance. It’s a movement. Tunggu apa lagi? Sahut the challenge! Kepci CommunityCareStore DeafAwareness SignLanguage KFCMimiflyChallenge

♬ original sound – kfcmalaysia – kfcmalaysia