Pelakon, Mimi Lana tidak menyangkal bahawa pemilihan pelakon bagi menjayakan pementasan naskah ikonik Puteri Gunung Ledang The Musical dibuat berdasarkan kelayakan dan kesesuaian watak masing-masing.

Artikel Berkaitan: ‘Sorang Malu Ke Depan, Sorang Lagi Tak Letak Nama…’ – Mimi Lana Bangga Dua Individu Penting Raih Kejayaan, Netizen Mula Teka Syafiq Kyle?

Artikel Berkaitan:  Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi

Memang layak

Ketika ditemui OhBulan!, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata Aisha Retno dan Mila Mohsin mempunyai kredibiliti tersendiri untuk menggalas tanggungjawab besar berkenaan.

Mereka memang selayaknya mendapat watak utama itu kerana mereka sudah terbiasa berada di atas pentas.

Kehebatan Aisha Retno tidak dapat disangkal lagi, semua orang tahu bagaimana penggunaan pentas dia bagus.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Polong di 10 Star Cinema, Hextar World Empire City, pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai perdebatan netizen yang mempertikaikan pemilihan tersebut, Mimi berkata kritikan itu timbul kerana pementasan itu masih belum bermula.

Saya rasa tiada masalah pun. Perkara ini timbul pun sebab teater ini belum bermula dan orang belum tengok.

Kalau dah mula nanti insha-Allah akan mengubat hati orang-orang yang bercakap tu.

Dalam pada itu, Mimi sempat berseloroh menyatakan tidak salah untuk memberi watak itu kepada anak sendiri sekiranya dia sememangnya seorang pelakon yang berbakat.

Kalau saya ada anak sendiri pun saya panggil dia untuk jadi Puteri Gunung Ledang, itu kalau sebelum ini saya yang pegang watak tu.

Kalau sebelum ini saya Puteri Gunung Ledang dan anak saya pula seorang pelakon dan ingin mencuba, sudah tentu saya akan beri watak penting itu kepada dia kerana itu adalah pihak produksi ibunya.

Mengulas lebih lanjut, Mimi mengakui tidak berasa kecewa walaupun tidak terpilih untuk memegang watak penting itu, malah menikmati keseluruhan proses sepanjang sesi uji bakat tersebut.

Terdahulu, Aisha dan aktres Mila Mohsin telah diumumkan sebagai watak Puteri Gunung Ledang, manakala Aqasha pula menggalas tanggungjawab sebagai Hang Tuah.

Pemilihan itu kemudiannya menimbulkan persoalan apabila didakwa tidak adil kerana watak berkenaan diberikan kepada anak sendiri berbanding pelakon lain.